Selamat kembali ke sekolah. Marilah mencapai kecemerlangan pada musim persekolahan yang baru ini.

Persijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UIAM

PENGAMBILAN PELAJAR BARU
PERSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN, JAKIM-UIAM
SESI 2010/2011

DARUL QURAN JAKIM merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Tahfiz Al-Quran, mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Persijilan Tahfiz Al-Quran, JAKIM-UIAM.

Pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian tahfiz di Darul Quran dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan mangikuti pengajian di bidang Profesional di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

SYARAT SYARAT PERMOHONAN

SYARAT AM PROGRAM ( UNTUK SEMUA PROGRAM )
- Warganegara Malaysia yang belum berkahwin.
- Lulus Peperiksaan Percubaan SPM 2009 dengan
1. Kepujian Bahasa Melayu
2. Kepujian Bahasa Arab
3. Kepujian Bahasa Inggeris
4. Kepujian Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan Sunnah atau
Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam
5. Aliran Sains


SYARAT KHAS PROGRAM (UNTUK PROGRAM YANG DIPILIH )

1 ASASI KEJURUTERAAN
- 4B dalam matapelajaran Matematik
- 5C dalam mata pelajaran berikut : Matematik Tambahan,Fizik, Kimia,Bahasa Inggeris

2 ASASI PERUBATAN
- 4B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris,
- 3B dalam mata pelajaran berikut : Biologi, Kimia
- 4B dalam mata pelajaran Fizik , Matematik / Matematik Tambahahan

3 ASASI SAINS HAYAT
- 5C dalam mata pelajaran berikut : Biologi, Kimia, Matematik / Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris,
- 7D Fizik

4 ASASI SAINS FIZIKAL
- 5C dalam mata pelajaran berikut : Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Bahasa Inggeris, Kimia.

5 ASASI FARMASI
- 4B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris,
- 3B dalam mata pelajaran Biologi , Kimia,
- 4B dalam mata pelajaran Fizik, Matematik / Matematik Tambahan

6 ASASI PERGIGIAN
- 4B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
- 3B dalam mata pelajaran berikut : Biologi, Kimia
- 4B dalam mata pelajaran Fizik, Matematik / Matematik Tambahan

7 ASASI SAINS KESIHATAN BERSEKUTU
- 5C dalam mata pelajaran berikut : Biologi, Kimia, Matematik / Matematik
Tambahan, Bahasa Inggeris,Fizik

8 ASASIKEJURURAWATAN
- Kepujian dalam mata pelajaran berikut : Biologi, Kimia, Matematik /Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris,Fizik

CARA MEMOHON

Borang permohonan boleh diperolehi dan hendaklah diisi melalui Laman Web:
- http://www.islam.gov.my/ .
- http://www.darulquran.gov.my/


Borang Permohonan dan Borang Perakuan Diri yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan dihantar beserta keputusan Percubaan SPM 2009 yang telah disahkan ke :

Unit Pengambilan Dan Kemasukan,
Darul Quran JAKIM, Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan

Sebelum atau pada 10 Oktober 2009.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi :
Unit Pengambilan dan Kemasukan Darul Quran, JAKIM
Tel: 03-60635333/03-60635350

Pemohon yang berjaya untuk mengikuti temuduga boleh menyemak di website Darul Quran (http://www.darulquran.gov.my/) pada 19 Oktober 2009

Menuju kejayaan..

Setiap manusia pasti ingin berjaya. Kejayaan itu pula pelbagai jnis dan rupanya. Kejayaan dapat menimbulkan rasa kepuasan kepada kita. Kerana itulah kita selalu bersedia untuk melakukan apa saja untuk mencapai kejayaan. Namun, sebagai orang Islam dan orang yang berakhlak, kita perlulah mengejar kejayaan itu dengan cara yang bersih dan betul. Kita tidak patut menuju kejayaan melalui jalan-jalan yang salah dan kotor. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Sebahagian dari kita rela mengejar kejayaan dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang terlarang. Malah kekadang jalan-jalan salah itu belum tentu menjanjikan kejayaan. Sebagai contoh, dalam mengejar pangkat yang lebih tinggi, ada yang sanggup memberikan rasuah dan menggunakan bomoh. Bagi pelajar pula, ada yang membawa 'toyol' dalam peperiksaan atau terus meniru jawapan calon lain semasa peperiksaan sedangkan tidak dapat dipastikan samada orang yang ditiru itu mempunyai jawapan yang tepat atau tidak.

Lebih luas lagi, wujud kes semasa yang sangat memalukan Umat Islam sedang berlaku di Rwanda dan Mesir. Mufti Mesir, Mufti Ali Gomaa membenarkan pemain bola sepak Mesir untuk tidak berpuasa pada 6 September ini (esok) ketika Mesir berhadapan dengan Rwanda dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia. Sungguh menyedihkan kerana mereka sanggup membelakangkan agama demi mencapai matlamat kelayakan ke Piala Dunia. Perkara sebegini tidak patut berlaku. Jika pun mereka berjaya nanti, kejayaan itu sangat busuk kerana dicapai melalui jalan yang salah. (Lihat: Berita Harian, 5 September 2009)

Kepada para pelajar sekalian, terutamnya kepada yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM, berusahalah dengan bersungguh-sungguh melalui jalan-jalan yang diredhai oleh ALLAH. Jangan kita membelakangkan agama semata-mata untuk mencapai kejayaan kecil kita ini. Ingatlah firman ALLAH dalam al-Quran yang bermaksud:

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah: 153)

Kami doakan agar anda semua mencapai kejayaan yang gemilang dalam peperiksaan nanti. Teruskan berusaha dan berdoa. Kejayaan pasti tiba. InsyaALLAH.

Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM

SOALAN LAZIM
PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN 4 (UKKM)

1. Apakah makna SES dan bagaimanakah SES dikira?
SES adalah singkatan bagi Status Ekonomi Sosial seseorang pemohon. Pendapatan kedua-dua ibu bapa akan dibahagikan dengan bilangan tanggungan dalam keluarga bagi mendapatkan peratusan yang boleh menyumbang kepada merit / markah seseorang pemohon.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan UKKM?
UKKM adalah singkatan bagi Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM dan mengandungi 3 aspek utama :
a. Matematik b. Sains c. Keperibadian (Ujian Matematik dan Sains berdasarkan Sukatan Pelajaran Menengah Rendah).

3. Bilakah UKKM di adakan?
UKKM diadakan pada hari Sabtu selepas tamatnya peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari.

4. Adakah UKKM diwajibkan kepada pelajar-pelajar di Sabah / Sarawak?
UKKM tidak diwajibkan bagi calon Sabah dan Sarawak kerana masalah logistik di kedua-dua negeri ini menimbulkan kesukaran kepada pihak MARA untuk melaksanakan ujian ini di negeri-negeri tersebut.

5. Adakah wajib bagi semua calon mendudukinya?
Wajib bagi semua calon menduduki UKKM kerana ini adalah salah satu syarat kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM.

Sumber: http://mara.skali.my/web/guest/pengambilanting4UKKM

Ujian Aptitud Darjah Enam

Baru plak dgr ujian nie..kat sini sedikit maklumat ttg Ujian Aptitud Darjah Enam. Surat Pekeliling KPM
KP/KPPM/10 (15)
29 MEI 2009
Semua Pengarah Pelajaran Negeri
YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,
UJIAN APTITUD BAGI MURID TAHUN ENAM SEKOLAH RENDAH MULAI TAHUN 2009.
Sukacita nya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Ujian Aptitud akan dilaksanakan kepada semua murid Tahun Enam mulai Tahun 2009 seperti mana yang telah diputuskan dalam Mesyuarat jawatankuasa Perancangan Pendidikan Ke-190 bertarikh 14 November 2008 yang dipengerusikan oleh Y.B Menteri Pelajaran.
3. Ujian Patitud bertuju mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperolehi (aquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran pembelajaran. Ujian ini dapat mengenal pasti potensi murid untuk mengikuti pembelajaran dan dapat membantu para guru mengetahui tentang bakat, minat dan kecenderungan diri murid supaya pembelajaran murid lebih mudah dilaksanakan dan dipertingkatkan.
4. Sebagai makluman TBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan, ujian ini disebut sebagai Ujian Aptitud Tahun Enam merupakan ujian berbertuk objektif aneka pilihan yang mengandungi 61 soalan. Tempoh masa adalah 1 jam 30 minit dan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
a) Bahagian 1 : Kemahiran berfikir (20 item)
b) Bahagian 2 : Kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan (20item)
c) Bahagian 3 : Minat, kecenderungan dan kesedian (21 item)
5. Bahasa yang akan digunakan dalam Ujian Aptitud tersebut adalah menggunakan bahasa pengantar mengikut aliran seklah masing-masing. Semua murid Tahun Enam tahun 2009 perlu menduduki ujian aptitud sebaik sahaja mereka selesai menduduki UPSR. Tarikh dan waktu ujian dimasukkan dalam jadual waktu peperiksaan UPSR. pentadbiran dan pengurusan ujian adalah meliputi sebahagian daripada operasi UPSR. Oleh itu, semua pekililing ikhtisas berhubung peperiksaan UPSR yang sedang berkuatkuasa boleh digunakan bagi urusan pentadbiran ujian ini.
6. Seterusnya, semua Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah memaklumkan kandungan surat pekililing ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua Guru Besar di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan.
Sekian Terima Kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
SIGNed By
DATO' HAJI ALLIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM
Ketua Pengarah PelajaranKementerian Pelajaran Malaysia.