Selamat kembali ke sekolah. Marilah mencapai kecemerlangan pada musim persekolahan yang baru ini.

Ujian Aptitud Darjah Enam

Baru plak dgr ujian nie..kat sini sedikit maklumat ttg Ujian Aptitud Darjah Enam. Surat Pekeliling KPM
KP/KPPM/10 (15)
29 MEI 2009
Semua Pengarah Pelajaran Negeri
YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,
UJIAN APTITUD BAGI MURID TAHUN ENAM SEKOLAH RENDAH MULAI TAHUN 2009.
Sukacita nya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Ujian Aptitud akan dilaksanakan kepada semua murid Tahun Enam mulai Tahun 2009 seperti mana yang telah diputuskan dalam Mesyuarat jawatankuasa Perancangan Pendidikan Ke-190 bertarikh 14 November 2008 yang dipengerusikan oleh Y.B Menteri Pelajaran.
3. Ujian Patitud bertuju mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperolehi (aquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran pembelajaran. Ujian ini dapat mengenal pasti potensi murid untuk mengikuti pembelajaran dan dapat membantu para guru mengetahui tentang bakat, minat dan kecenderungan diri murid supaya pembelajaran murid lebih mudah dilaksanakan dan dipertingkatkan.
4. Sebagai makluman TBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan, ujian ini disebut sebagai Ujian Aptitud Tahun Enam merupakan ujian berbertuk objektif aneka pilihan yang mengandungi 61 soalan. Tempoh masa adalah 1 jam 30 minit dan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
a) Bahagian 1 : Kemahiran berfikir (20 item)
b) Bahagian 2 : Kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan (20item)
c) Bahagian 3 : Minat, kecenderungan dan kesedian (21 item)
5. Bahasa yang akan digunakan dalam Ujian Aptitud tersebut adalah menggunakan bahasa pengantar mengikut aliran seklah masing-masing. Semua murid Tahun Enam tahun 2009 perlu menduduki ujian aptitud sebaik sahaja mereka selesai menduduki UPSR. Tarikh dan waktu ujian dimasukkan dalam jadual waktu peperiksaan UPSR. pentadbiran dan pengurusan ujian adalah meliputi sebahagian daripada operasi UPSR. Oleh itu, semua pekililing ikhtisas berhubung peperiksaan UPSR yang sedang berkuatkuasa boleh digunakan bagi urusan pentadbiran ujian ini.
6. Seterusnya, semua Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah memaklumkan kandungan surat pekililing ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua Guru Besar di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan.
Sekian Terima Kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
SIGNed By
DATO' HAJI ALLIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM
Ketua Pengarah PelajaranKementerian Pelajaran Malaysia.

Tiada ulasan: