Selamat kembali ke sekolah. Marilah mencapai kecemerlangan pada musim persekolahan yang baru ini.

Kemasukan ke ADTEC

ADTEC telah ditubuhkan bertujuan bagi memenuhi keperluan tenaga mahir negara dengan menyediakan latihan vokasional di peringkat tertinggi dengan pengkhususan dalam bidang teknologi tinggi dan terkini sejajar dengan keperluan perkembangan teknologi di sektor pembuatan. Berdasarkan kepada jumlah keluaran daripada institusi latihan dan jumlah jawatan sedia ada, negara masih kekurangan tenaga mahir yang dikategorikan sebagai Industrial Technologist.

Dengan adanya ADTEC, ianya akan dapat menambahkan lagi bilangan Industrial Technologist yang sangat diperlukan oleh industri. Di samping itu juga ianya memberi peluang kepada pekerja industri meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bersesuaian dengan perkembangan teknologi semasa.

Objektif ADTEC ialah untuk melahirkan tenaga kerja terlatih bersesuaian dengan pengetahuan dan kemahiran serta penumpuan terhadap teknologi industri semasa, memastikan tenaga kerja berkualiti dan bersesuaian dengan permintaan industri, mewujudkan lebih banyak program latihan dan kursus pengkhususan (tailored-made course) dalam bidang pengurusan dan kemahiran bagi penyelia dan pekerja mahir daripada sektor industri serta mengukuh dan menggalakkan penglibatan sektor swasta secara aktif dalam bidang yang ditawarkan.

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun;
3. Berjaya dalam temuduga
4. Mempunyai kelayakan akademik seperti berikut:
(a) Memiliki SPM atau setaraf dengannya, dengan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/subjek Teknikal serta lulus Bahasa Inggeris; atau
(b) Memiliki SPM atau setaraf dengannya, dengan LULUS dalam Matematik/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/subjek Teknikal , Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris DAN memiliki SKM (MLVK) Tahap 2/ Tahap 3 dalam bidang berkaitan (bidang berkaitan, sila rujuk keterangan kursus); atau
(c) Mempunyai Diploma Teknologi JTM atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang berkaitan.

CARA MEMOHON

1. Permohonan percuma secara online di laman web JTM di http://www.jtm.gov.my/

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.

Tiada ulasan: