Selamat kembali ke sekolah. Marilah mencapai kecemerlangan pada musim persekolahan yang baru ini.

Kemasukan ke GIATMARA

Majlis MARA meluluskan penubuhan GIATMARA pada tahun 1986 bagi menghasilkan K-Entreprenuer dan K-Workers dalam pelbagai bidang pekerjaan sejajar dengan permintaan masyarakat setempat.

GIATMARA yang pertama dibuka di Jitra, Kedah dan GIATMARA berkembang pesat dengan penubuhan 209 pusat di semua kawasan Parlimen menjelang akhir Rancangan Malaysia ke-9. Kini GIATMARA telah mula menawarkan program komuniti di beberapa GIATMARA. Program berjangka pendek ini menerapkan falsafah pembelajaran sepanjang hayat dan sebagai permulaan, GIATMARA Komuniti Tanjung Agas, Johor dan GIATMARA Komuniti Pongsu Seribu, Pulau Pinang telah mula beroperasi.

GIATMARA menawarkan Kursus Sepenuh Masa dan Jangka Pendek. Tempoh Kursus Sepenuh Masa adalah di antara 6 bulan hingga 12 bulan. GIATMARA menggalakkan pelatih-pelatih yang telah tamat program supaya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan melalui Program Inkubator. GIATMARA memainkan peranan penting dalam mendidik pelatih melalui program latihannya di dalam dan luar negara. Pengurusan GIATMARA sentiasa proaktif dan kreatif sebagai pemangkin dalam memperkayakan kemahiran masyarakat.

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia berstatus bumiputera
2. Berminat dalam bidang yang dipohon
3. Berumur 15 tahun ke atas
4. Boleh menulis dan membaca
5. Sihat tubuh badan

* TAMBAHAN: Pemohon Kursus Pendawai Elektrik, Elektronik Industri dan Tool & Die Technology perlulah Tamat tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke Atas.

CARA MEMOHON

Borang-borang permohonan boleh didapati secara percuma melalui :
1. Muat turun di laman web www.giatmara.edu.my
2. Datang sendiri ke 209 buah GIATMARA berhampiran
3. Hubungi Pejabat GIATMARA Negeri di alamat serta nombor telefon yang berkenaan.

NOTA

1. Yuran Pengajian percuma.
2. Elaun Bulanan sebanyak RM200.
3. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Jabatan Pembangunan Pelatih
GIATMARA Malaysia, Tingkat 4,
Bangunan Medan MARA,
No. 21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur.

Tel : +603-2691 5111 samb 3402
Fax : +603-2691 0249
E-mail : pel@giatmara.edu.my
Laman Web: http://www.giatmara.edu.my

Tiada ulasan: