Selamat kembali ke sekolah. Marilah mencapai kecemerlangan pada musim persekolahan yang baru ini.

Kemasukan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

Institut Kemahiran Belia Negara lebih dikenali dengan nama singkatan IKBN mula dibina oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1966. Matlamat awalnya adalah menangani masalah pengangguran dikalangan belia tercicir dan membolehkan mereka mendapat pekerjaan. Pada tahun 1990an program latihan diperluaskan dengan usaha pembangunan sumber manusia iaitu melatih seramai mungkin belia dalam bidang kemahiran teknikal untuk melahirkan sebanyak mungkin tenaga mahir bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian.

Sehingga kini Kementerian Belia dan Sukan mempunyai 15 buah IKBN seluruh Negara dan sebuah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara di Sepang. Usaha pengembangan dan peningkatan program latihan kemahiran merupakan agenda penting Kemahiran Belia dan Sukan selaras dengan fokus Negara memperkukuhkan Pembangunan Sumber Manusia agar seimbang dengan pertumbuhan sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Pembinaan IKBN membuktikan kesungguhan kerajaan menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada belia-belia Malaysia dalam pelbagai bidang teknikal seperti Elektrik, Elektronik, Mekanikal, Automotif, Kejuruteraan Awam dan Perkhidmatan Personal selaras dengan perkhidmatan pasaran guna tenaga mahir. Penambahan kapasiti dan pengeluaran tenaga mahir ini akan meningkatkan bilangan “Industrial Technologist” yang sangat diperlukan oleh pelbagai pihak khususnya sektor industri.

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia.
2. Berusia di antara 18 - 30 tahun semasa memohon
3. Tamat Tingkatan 5.
3. Belum Berkahwin @ Bujang
4. Sihat tubuh badan
5. Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah.
6. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Kerajaan/Swasta. (kecuali calon yang memohon kursus ke Tahap SKM yang lebih tinggi dari sedia ada atau kursus (SLC 02) Penjaga Jentera Elektrik A1 atau kursus (SLC 03) Penjaga Jentera Elektrik A4 atau kursus (SLC 04) Penjaga Jentera Elektrik AO.
7. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
8. Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institusi latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil keterampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
9. Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan mana-mana atau Institusi Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.

CARA MEMOHON

1. Pengambilan dibuat sebanyak dua kali (sesi Januari & Julai) setahun.
2. Iklan akan dikeluarkan dalam bulan Mac dan September.
3. Permohonan secara online di alamat http://interaktif.kbs.gov.my/ikbnweb/public/index.php
NOTA
1. Yuran pengajian percuma.
2. Elaun bulanan diberikan.
3. Makan minum dan penginapan percuma.
4. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Tel: 03 – 8871 3668 / 3673 / 3663 / 3664 / 3680
Laman web: http://www.kbs.gov.my/index_kemahiran.php

Tiada ulasan: