Selamat kembali ke sekolah. Marilah mencapai kecemerlangan pada musim persekolahan yang baru ini.

Kemasukan ke IPTA

Universiti awam menawarkan pelbagai peringkat pengajian seperti Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. Kelayakan SPM dan setaraf membolehkan pemohon mengikuti program Asasi dan Diploma. Kelayakan STPM dan setaraf pula melayakkan pemohon mengikuti program Sarjana Muda.

SYARAT KELAYAKAN

a. Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf

1. Warganegara Malaysia dan
2. Lulus SPM/setaraf dengan minimum 5 KEPUJIAN termasuk Bahasa Melayu.
3. Program berikut adalah dikhaskan untuk Bumiputera sahaja:
•Semua program Asasi di UIAM;
•Semua program Asasi Sains di UM; dan
•Semua program pengajian di UiTM;

b. Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf

1. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET.
2. Lulus SPM/Setaraf dengan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu atau KEPUJIAN Bahasa Melayu Kertas Julai.
3. Mencapai kelayakan minimum seperti berikut:

Lulus STPM 2008 dengan minimum PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am, dan Gred C (NGMP 2.00) dalam 2 mata pelajaran lain.

atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2008 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00

atau

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2008, 2007 atau 2006 dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid.

atau

Memiliki kelulusan Diploma/Setaraf atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;

atau

Lulus peperiksaan STPM Tahun 2007 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi Tahun 2007 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00

Syarat khusus setiap program, sila klik sini.

CARA MEMOHON

1. Beli Nombor PIN di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan mengemukakan Kad Pengenalan pemohon. Harga Nombor PIN bagi program lepasan SPM ialah RM 10.60 manakala bagi program lepasan STPM ialah RM 15.60.
2. Permohonan secara online di Laman Web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di alamat http://upu.mohe.gov.my/index1.php
3. Terdapat beberapa program pengajian mensyaratkan temuduga dan/atau ujian khas.
4. Pengambilan utama dibuat oleh semua universiti bagi sesi Julai dan dikendalikan proses pengambilannya oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Beberapa universiti membuat pengambilan kedua bagi sesi Januari yang dikendalikan sendiri pengambilannya oleh universiti tersebut.

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR
JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
ARAS 1, BLOK E9, PARCEL E, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA

Hotline : 03-8883 5858 (10 Talian)
Helpline : 03-8883 5848
Talian Am : 03-8883 5801/5802
Faks : 03-8889 4260
E-mel : upu@mohe.gov.my
Laman web : http://upu.mohe.gov.my/index1.php

Tiada ulasan: