Selamat kembali ke sekolah. Marilah mencapai kecemerlangan pada musim persekolahan yang baru ini.

Kemasukan ke JMTi

Institut Teknikal-Jepun Malaysia (JMTi) telah ditubuhkan dengan kerjasama teknikal di antara Kerajaan Jepun dan Kerajaan Malaysia berdasarkan ‘Records of Discussion’ yang telah termeterai pada 7 Oktober 1997. Penubuhannya bermatlamat untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang berketerampilan dengan menyediakan latihan vokasional di peringkat tertinggi dalam bidang teknologi tinggi dan termaju sejajar dengan keperluan perkembangan teknologi di sektor industri negara.

Institut ini menawarkan lapan (8) program latihan iaitu, empat (4) bidang kursus peringkat Diploma Teknologi Kejuruteraan dan empat (4) bidang kursus peringkat Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan. Institut ini berupaya mengeluarkan seramai lebih kurang 300 orang teknologis setahun yang berwawasan, berdaya kreatif dan beretika tinggi dalam pelbagai bidang kemahiran.

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur 17 hingga 30 tahun;
3. Lulus ujian temuduga yang dijalankan; dan
4. Mempunyai kelulusan akademik seperti berikut:

(a) Program Diploma Teknologi Kejuruteraan (DTK)
-Memiliki SPM atau setaraf dengannya serta KEPUJIAN (sekurang-kurangnya 6C) dalam 5 mata pelajaran berikut:
i. Bahasa Melayu;
ii. Bahasa Inggeris;
iii. Matematik / Matematik Tambahan;
iv. Sains/Fizik/Subjek Teknikal; dan
v. Satu mata pelajaran lain.

(b) Program Diploma Lanjutan TeknologiKejuruteraan (DLTK)
-Memiliki Diploma Teknologi Kejuruteraan daripada JMTi atau Diploma lain yang setaraf dengannya DAN Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4 MLVK) dalam bidang yang berkaitan.

CARA MEMOHON

1. Permohonan percuma secara online di laman web JTM di http://www.jtm.gov.my/

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.

Tiada ulasan: