Selamat kembali ke sekolah. Marilah mencapai kecemerlangan pada musim persekolahan yang baru ini.

Kemasukan ke Kolej Komuniti

Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) merupakan institusi pendidikan yang menyediakan pelbagai latihan dan kemahiran peringkat sijil serta program jangka pendek kepada pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), pekerja dan kumpulan lain dalam masyarakat setempat.

Kolej Komuniti mula beroperasi dengan sepuluh buah kolej perintis pada Jun 2001 dan kini bilangannya telah meningkat kepada 38 buah kolej komuniti dan 18 buah cawangan di seluruh negara.

SYARAT KELAYAKAN

1. Calon mestilah WARGANEGARA Malaysia.
2. Lulus peperiksaan SPM atau SPMV dengan sekurang-kurangnya Lulus Bahasa Melayu.
3. Tiada had umur disyaratkan.

CARA MEMOHON

1. Permohonan boleh dibuat melalui permohonan online atau menggunakan borang.
2. Untuk mengakses e-Borang, pemohon perlu menggunakan nombor PIN.
3. Nombor PIN boleh dibeli di mana-mana Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM6.00.
4. Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan semasa membeli nombor PIN ATAU jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan kad pengenalan pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN.
5. Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor kad pengenalan pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit.
6. Maklumkan dengan jelas kepada BSN bahawa anda ingin membeli nombor PIN untuk kemasukan ke Politeknik KPT. Gunakan nombor PIN tersebut untuk membuat permohonan ke Kolej Komuniti KPT. Nombor PIN yang sama boleh digunakan untuk membuat permohonan ke Politeknik dan Kolej Komuniti.
7. Pemohon juga boleh membeli Borang (Buku Panduan Kemasukan Pelajar) dengan harga RM6.00 di SEMUA Kolej Komuniti KPT.

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.

Tiada ulasan: