Selamat kembali ke sekolah. Marilah mencapai kecemerlangan pada musim persekolahan yang baru ini.

Kemasukan ke Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) adalah sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd., KPTMSB (547467-W) dan didaftarkan sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

Kolej Poly-Tech Mara Sdn. Bhd. (KPTMSB) merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 menurut kehendak Seksyen 12(1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Sebelum ini, Kolej Poly-Tech MARA dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA. Pada 1 September 2003, secara rasminya, namanya telah ditukar kepada Kolej Poly-Tech MARA. Ia mempunyai 4 kolej cawangan yang mengendalikan program-program sepenuh masa iaitu:-

· Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KPTMKL)
· Kolej Poly-Tech MARA Kuantan (KPTMK)
· Kolej Poly-Tech MARA Bangi (KPTMB)
· Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu (KPTMKB)
· Kolej Poly-Tech MARA Alor Star
· Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat, dan
· Kolej Poly-Tech MARA Ipoh

Di samping itu, Kolej Poly-Tech MARA juga mengendalikan program-program jarak jauh, sambilan dan jangka pendek melalui satu unit yang dipanggil Bahagian Pendidikan Profesional Jarak Jauh (BPPJJ) yang bertempat di KPTMKL. Ini memberikan kepelbagaian dalam pemilihan program pendidikan di Kolej ini berdasarkan kelayakan serta citarasa calon-calon pelajar.

Bermula pada 1 Januari 2004, kolej-kolej cawangan Akademi Infotech MARA (AIM) diserapkan ke dalam pentadbiran KPTMSB. Cawangan-cawangan berkenaan mempunyai lokasi-lokasi di Alor Setar, Ipoh, Batu Pahat dan Kota Bharu.

Pada masa ini, Kolej Poly-Tech MARA menawarkan pelbagai program pendidikan di peringkat sijil, diploma dan ijazah pertama di dalam bidang-bidang berikut secara usahasama dengan IPT tempatan dan luar negara, selain dari program-program pengajian Kolej Poly-Tech MARA sendiri:-

· Sains Komputer
· Teknolgi Maklumat
· Pengurusan Perniagaan
· Perakaunan
· Kejuruteraan
· Pengajian Profesional (CAT, ACCA dan ICSA)
· Sains Kesihatan

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Kolej Poly-Tech MARA dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas yang bersesuaian dan terkini sebagai menyokong kepada program-program pendidikan yang dikendalikan. Kemudahan-kemudahan akademik seperti bilik kuliah, makmal-makmal komputer dan sains, serta perpustakaan disediakan dengan terancang bersesuaian dengan program-program akademik yang ditawarkan. Tempat-tempat riadah dan gelanggang-gelanggang permainan disediakan di dalam dan di luar kampus sebagai menyokong segala kegiatan kokurikulum pelajar. Dengan adanya prasarana yang tersusun dan lengkap ini Kolej Poly-Tech MARA akan dapat memberikan satu suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif kepada pelajar-pelajarnya disamping mempastikan pengembangan sahsiah pelajar turut berlaku pada masa yang sama. Ini adalah bertepatan dengan misi KPTM untuk menjana graduan yang matang dan mempunyai keseimbangan dari segi pencapaian akademik, sosial, rohani, mental dan fizikal yang boleh menjuarai pelbagai bidang kerjaya.

SYARAT KELAYAKAN

Sila klik sini

CARA MEMOHON
1. Permohonan percuma secara online. ATAU,
2. Mengisi Borang Permohonan Manual yang boleh didapati di KPTM berdekatan atau dengan memuat turun borang di laman web KPTM.

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Bahagian Komunikasi & Pemasaran Korporat
KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR
Jalan 6/91 Taman Shamelin Perkasa, Cheras, 56100 Kuala Lumpur

Tel : 03-9281 9700 / 9285 6033
Faks : 03-9281 5764 / 9281 2479
Emel : pr@kptm.edu.my
Laman Web : http://www.kptm.edu.my

Tiada ulasan: