Selamat kembali ke sekolah. Marilah mencapai kecemerlangan pada musim persekolahan yang baru ini.

Kemasukan ke Latihan Separa Perubatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan 13 latihan separa perubatan. Urusan pengambilan pelatih untuk mengikuti latihan ini dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

A. LATIHAN BERTARAF DIPLOMA

1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pelatih
2. Jurupulih Perubatan (Anggota) Pelatih
3. Jurupulih Perubatan (cara Kerja) Pelatih
4. Jururawat Pelatih
5. Jururawat Pergigian Pelatih
6. Juruteknologi Makmal Perubatan Pelatih
7. Juruteknologi Pergigian Pelatih
8. Juru X-Ray Pelatih
9. Pembantu Farmasi Pelatih
10. Pembantu Perubatan Pelatih

Syarat Kelayakan

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur antara 17 hingga 25 tahun.
3. Mendapat kelayakan akademik minimum SPM/setaraf iaitu lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan 2 KEPUJIAN dan selebihnya peringkat Lulus.
4. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Sains/Sains Tulen serta LULUS mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.


B. LATIHAN BERTARAF SIJIL

1. Jururawat Masyarakat Pelatih
2. Pembantu Pembedahan Pergigian Pelatih
3. Pembantu Kesihatan Awam Pelatih

Syarat Kelayakan

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur antara 17 hingga 25 tahun.
3. Lulus PMR/setaraf dengan LULUS Bahasa Melayu. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mendapat KEPUJIAN Bahasa Melayu dan Sains serta LULUS Bahasa Inggeris dan Matematik.
4. Bagi jawatan Jururawat Masyarakat Pelatih, calon harus memiliki SPM dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan, sila klik sini.

CARA MEMOHON

1. Permohonan secara online di laman web SPA. Pilih Borang Online kategori SPM/SRP/PMR/Separa Perubatan.
2. Permohonan boleh dibuat sepanjang tahun.
3. Bagi calon yang layak, surat untuk menduduki ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada akhir bulan November dan awal bulan Disember.
4. Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Online SPA8i adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

NOTA

1. Yuran pengajian percuma.
2. Elaun bulanan diberikan.
3. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7 Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
60520 PUTRAJAYA

Tel : 88856000
Fax : 03-8888 5036
Laman web : http://www.spa.gov.my/portal/page?_pageid=53,49453&_dad=portal&_schema=PORTAL

1 ulasan:

nur melynna berkata...

.... kalau calon yang x ambik sains tulen waktu skolah dulu pown bleh dapat ke? taw pown orang yang ambik sains tulen je yang layak