Selamat kembali ke sekolah. Marilah mencapai kecemerlangan pada musim persekolahan yang baru ini.

Kemasukan ke Politeknik

Politeknik KPT ditubuhkan bagi melahirkan lulusan separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan, hospitaliti dan ICT di peringkat sijil dan diploma bagi membantu memenuhi keperluan sumber manusia di sektor awam dan swasta. Terdapat 27 buah Politeknik yang sedang beroperasi di seluruh negara.

Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan dua (2) kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan. Politeknik KPT menyediakan 45,000 tempat pengajian untuk lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik dan lulusan Sijil Kolej Komuniti pada setiap tahun bagi mengikuti pelbagai program. Polteknik KPT menawarkan 20 program sijil dan 49 program diploma dalam pelbagai bidang. Ia juga menawarkan program kemahiran di peringkat sijil kepada calon berkeperluan khas yang masalah pendengaran.

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SPM atau yang setara serta memenuhi syarat minimum berikut :
a. Lulus Bahasa Melayu
b. Lulus Matematik/ Matematik Tambahan

SYARAT KHUSUS PERINGKAT SIJIL:

• SIJIL BIDANG KEJURUTERAAN
Kepujian SATU (1) mata pelajaran daripada mana-mana kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional ATAU memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang yang berkaitan dengan satu (1) tahun pengalaman kerja.

• SIJIL BIDANG PERDAGANGAN/HOSPITALITI
Kepujian SATU (1) mata pelajaran daripada mana-mana kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional/Sastera Ikhtisas

SYARAT KHUSUS PERINGKAT DIPLOMA:

• DIPLOMA BIDANG KEJURUTERAAN
Lulus Bahasa Inggeris beserta mendapat LIMA (5) kepujian termasuk SATU (1) mata pelajaran dari mana-mana kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional

• DIPLOMA BIDANG PERDAGANGAN/ HOSPITALITI
Lulus Bahasa Inggeris beserta mendapat LIMA (5) kepujian termasuk SATU (1) mata pelajaran dari mana-mana kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional/Sastera Ikhtisas

• DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN
Lima (5) kepujian termasuk mata pelajaran berikut:
a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Inggeris

• DIPLOMA PENYENGGARAAN PESAWAT
Lulus SPM dengan kepujian mata pelajaran berikut:
a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Inggeris
c. Matematik/Matematik Tambahan
d. Fizik/Sains
e. Mana-mana 2 mata pelajaran lain.

Syarat kemasukan permohonan bagi program Foundation, Diploma Lulusan Sijil Politeknik dan Diploma Lanjutan boleh didapati dengan melayari laman web www.politeknik.edu.my.

CARA MEMOHON

1. Pemohon perlu membeli Nombor PIN di Bank Simpanan Nasional
2. Mengakses e-Borang dan melengkapkan permohonan di www.politeknik.edu.my.

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pengarah,
Bahagian Pengambilan Pelajar,
Sektor Pengurusan Politeknik,
Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti,
Tingkat 9, Heritage Office Tower,
Jalan SB Dagang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-8939 4058/ 4103/ 4104/ 4105/ 4106/ 4107/ 4108/ 4109
No. Faks : 03-8939 4055
E-mel : pengambilan@politeknik.edu.my
Laman Web : http://www.politeknik.edu.my/webjan06/menu/index.asp

Tiada ulasan: