Selamat kembali ke sekolah. Marilah mencapai kecemerlangan pada musim persekolahan yang baru ini.

Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Pada setiap tahun hampir 100,000 permohonan untuk kemasukan Tingkatan 1 diterima dan diproses oleh Unit Pengambilan, Sektor Pengurusan HEM, BPSBPSK. Sehingga Mei 2009, sebanyak 51 buah SBP menawarkan tempat ke Tingkatan 1 termasuk 3 buah SBP yang baru dibuka iaitu Sekolah Menengah Sains (SMS) Kepala Batas, SMS Bagan Datoh dan SMS Kubang Pasu.

Selain itu, setiap tahun tidak kurang 45,000 permohonan untuk kemasukan Tingkatan 4 dikendalikan oleh Unit Pengambilan, Sektor Pengurusan HEM, BPSBPSK. Sehingga Mei 2009, sebanyak 57 buah SBP menawarkan tempat ke Tingkatan 4 termasuk 3 buah SBP yang baru dibuka iaitu SMS Kepala Batas, SMS Bagan Datoh dan SMS Kubang Pasu. Sebanyak 6 buah SBP menawarkan kemasukan bermula di Tingkatan 4 iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang (KISAS), SMS Muar, SMS Kuala Terengganu, SMS Alam Shah Kuala Lumpur, SMS Seri Puteri Kuala Lumpur dan SMS Seremban.

SYARAT KELAYAKAN

A. Permohonan ke Tingkatan 1

1. Warganegara Malaysia.
2. Pelajar Sekolah Kebangsaan sahaja.
3. Aktif dalam kokurikulum.
4. Mencapai 5A atau 4A 1B dalam UPSR (Matematik dan Sains
mesti gred A).
5. Keutamaan diberikan kepada pelajar sekolah pedalaman, miskin, Orang asli dan Pribumi.

B. Permohonan ke Tingkatan 4

1. Warganegara Malaysia.
2. Pelajar Sekolah Bantuan Penuh atau Bantuan Kerajaan.
3. Aktif dalam Kokurikulum.
4. Kelayakan akademik seperti berikut:
- Minimum mendapat 6A tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing/Bahasa
Antarabangsa dalam PMR.
- Mendapat gred B dalam mata pelajaran yang lain
- Untuk ke Tingkatan 4 Aliran Agama / Sains Agama, pemohon hendaklah memperolehi gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata
pelajaran Bahasa Arab Komunikasi
5. Keutamaan diberikan kepada pelajar sekolah pedalaman, miskin, Orang asli dan Pribumi.

CARA MEMOHON

1. Permohonan secara online di laman web KPM di alamat http://www.moe.gov.my.
2. Bagi permohonan ke Tingkatan 1, pemohon perlu mencetak 2 salinan maklumat permohonan; salinan pertama dihantar kepada Guru Besar sekolah asal dan salinan kedua dihantar terus kepada Pengetua SBP pilihan pemohon.
3. Bagi permohonan ke Tingkatan 4, pemohon perlu mencetak 1 salinan maklumat permohonan untuk dihantar kepada Pengetua sekolah asal masing-masing untuk pengesahan
maklumat.
4. Pelajar yang tidak berjaya ditawarkan ke SBP boleh membuat rayuan secara online laman web KPM di alamat http://www.moe.gov.my.

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya

Tel: 03-8884 9357 / 9362 / 9511
Faks: 03-88849318 / 9422
Laman web: http://www.moe.gov.my

Tiada ulasan: