Selamat kembali ke sekolah. Marilah mencapai kecemerlangan pada musim persekolahan yang baru ini.

Kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawarkan peluang pengajian yang luas kepada semua pelajar. Pelajar boleh memulakan pengajian mereka di SMKA di Tingkatan Satu, Empat atau Enam Rendah. Urusan pengambilan pelajar diuruskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan ke Tingkatan Satu

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur 13 tahun ke bawah
3. Boleh membaca al-Quran
4. Boleh menulis jawi
5. Lulus Ujian PAFA (UPSR)
6. Sekurang-kurangnya 2A 3B dalam Peperiksaan UPSR

Permohonan ke Tingkatan Empat

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 16 tahun atau kurang
3. Lulus Ujian PAFA (PMR)
4. Lulus PMR dengan sekurang- kurangnya memperolehi :
- B dalam Bahasa Arab Komunikasi dan Pendidikan Islam
- C dalam lain-lain mata pelajaran

Permohonan ke Tingkatan Enam Rendah

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur antara 17 dan 20 tahun
3. Lulus SPM dengan sekurang- kurangnya memperolehi :
- Kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
- Kredit dalam Bahasa Arab Komunikasi ATAU Lulus Bahasa Arab Tinggi
- Lulus matapelajaran Pengajian Quran Sunnah dan Syariah Islamiah
- Memiliki agregat 16 atau kurang daripada TIGA mata pelajaran

CARA MEMOHON

1. Ambil borang Permohonan Masuk Ke SMKA daripada Jabatan Pendidikan Negeri
2. Isikan butiran yang diperlukan dengan lengkap, termasuk pengesahan oleh Guru Besar
3. Hantar borang ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya SEMINGGU selepas keputusan peperiksaan diumumkan.
4. Sertakan dokumen-dokumen berikut :
- Slip keputusan UPSR/PMR/SPM
- Salinan Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan
- Surat Tamat Sekolah Rendah
- Sijil- sijil ( jika ada )
5. Ujian pra atau ujian kelayakan akan dijalankan di sesetengah negeri.

Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran daripada SMKA yang menawarkan. Pemohon yang gagal tidak akan dimaklumkan. Bukti penghantaran tidak diterima sebagai bukti penerimaan borang.

Sumber: Bahagian Pendidikan Islam, KPM

Tiada ulasan: