Selamat kembali ke sekolah. Marilah mencapai kecemerlangan pada musim persekolahan yang baru ini.

Kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik/Vokasional (SMT/V)

Sekolah Menengah Teknik (SMT)) menawarkan kursus-kursus dalam 3 aliran iaitu teknikal, vokasional dan kemahiran kepada pelajar lepasan PMR. Manakala Sekolah Menengah Vokasional (SMV) menawarkan kursus dalam 2 aliran sahaja iaitu vokasional dan kemahiran.

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) kini sedang memberi fokus kepada perluasan aliran vokasional dan kemahiran berdasarkan permohonan yang tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan. Sehubungan dengan itu aliran teknikal dikurangkan untuk memberi laluan kepada perluasan aliran vokasional dan kemahiran. Ini bermakna bilangan SMT akan dikurangkan, sementara bilangan SMV akan bertambah secara berperingkat sejak tahun 2008 lagi.

SYARAT KELAYAKAN

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
2. Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Pemohon perlu bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy), yang serius dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
3. Pemohon kursus Kejuruteraan Elektrik (Aliran Teknikal), kursus Elektrik dan Elektronik (Aliran Vokasional) serta kursus Mekanik Teknologi Elektronik Radio & Video (Aliran Kemahiran) dan Juruteknik Rendah Elektronik Industri – Peralatan (Aliran Kemahiran) mestilah TIDAK RABUN WARNA.
4. Memenuhi kelayakan akademik minimum:

a. Aliran Teknikal
Mendapat pencapaian minimum 4 A (Bahasa Melayu, Matematik,Sains,Kemahiran Hidup)DAN
mendapat 4 B dalam mata pelajaran lain termasuk Bahasa Inggeris.

b. Aliran Vokasional
Mendapat pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu – C
- Sains – D
- Matematik – D
- Kemahiran Hidup – C
Dan mendapat minimum gred D dalam mana-mana 1 mata pelajaran.

c. Aliran Kemahiran
Telah menduduki PMR

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat secara online. Sila layari laman web : www.moe.gov.my
2. Pemohon adalah digalakkkan membuat permohonan awal selepas menduduki PMR dengan memilih aliran dan kursus yang diminati

NOTA

1. Pada akhir Tingkatan 5, pelajar Aliran Teknikal dan Vokasional akan menduduki peperiksaan SPM.
2. Pelajar yang tamat dengan jayanya Aliran Kemahiran mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
3. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada SMT/V yang berhampiran.

Tiada ulasan: