Selamat kembali ke sekolah. Marilah mencapai kecemerlangan pada musim persekolahan yang baru ini.

Kemasukan ke Program Asasi IPTA

Pelajar-pelajar cemerlang SPM biasanya berlumba-lumba untuk mengikuti program pengajian Matrikulasi di Kolej Matrikulasi KPM untuk mendapat laluan pantas ke program pengajian Ijasah Sarjana Muda selepas tamat pengajian. Ini kerana program matrikulasi hanya mengambil masa setahun (2 semester). Namun, program ini memberikan kuota 90% bumiputera dan 10% bukan bumiputera.

Sebenarnya terdapat alternatif lain yang boleh dipilih oleh pelajar-pelajar cemerlang sekalian. Anda boleh memohon mengikuti program Asasi di beberapa IPTA. Tempoh pengajian juga seperti program di matrikulasi iaitu antara 2-4 semester. Malah, program asasi ini lebih berfokus berbanding program matrikulasi KPM. Program ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali bagi program Asasi UiTM, UIAM dan Asasi Sains UM yang dibuka untuk bumiputera sahaja.

Senarai IPTA yang menawarkan program Asasi bagi lepasan SPM:

1. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- ASASI SAINS (2 Semester)
- ASASI TESL (2 Semester)
- ASASI KEJURUTERAAN (2 Semester)
- ASASI UNDANG-UNDANG (2 Semester)
- ASASI UNDANG-UNDANG (3 Semester)

2. Universiti Malaya (UM)
- ASASI SAINS HAYAT (2 Semester)
- ASASI SAINS FIZIKAL (2 Semester)
- ASASI ALAM BINA (2 Semester)
- ASASI PENDIDIKAN ISLAM (4 Semester)
- ASASI SYARIAH (4 Semester)
- ASASI USULUDDIN (4 Semester)
- ASASI PENGAJIAN ISLAM DENGAN SAINS (4 Semester)

3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
- ASASI SAINS PERTANIAN (3 Semester)

4. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- TAMHIDI PERGIGIAN (2 Semester)
- TAMHIDI PERUBATAN (2 Semester)
- TAMHIDI PERAKAUNAN DAN MUAMALAT (2 Semester)
- TAMHIDI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG (2 Semester)
- TAMHIDI SAINS DAN TEKNOLOGI (2 Semester)

5.Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- ASASI SAINS HAYAT (4 Semester)
- ASASI SAINS FIZIKAL (4 Semester)
- ASASI SAINS KESIHATAN BERSEKUTU (4 Semester)
- ASASI KEJURURAWATAN (4 Semester)
- ASASI FARMASI (4 Semester)
- ASASI PERGIGIAN (4 Semester)
- ASASI PERUBATAN (4 Semester)
- ASASI SAINS KEMANUSIAAN (4 Semester)
- ASASI BAHASA INGGERIS (4 Semester)
- ASASI BAHASA ARAB (4 Semester)
- ASASI EKONOMI & SAINS PENGURUSAN (4 Semester)
- ASASI SENI BINA DAN REKA BENTUK ALAM SEKITAR (4 Semester)
- ASASI KEJURUTERAAN DAN SAINS KOMPUTER (4 Semester)
- ASASI UNDANG-UNDANG (4 Semester)
- ASASI ILMU PENGETAHUAN BERTERASKAN WAHYU (4 Semester)

6. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- ASASI PENGURUSAN SUMBER PERTAHANAN (2 Semester)
- ASASI SAINS KEJURUTERAAN PERTAHANAN (2 Semester)
- ASASI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN (2 Semester)

Pemohon boleh memohon mengikuti program asasi ini dengan mengisi permohonan online di alamat http://upu.mohe.gov.my/index1.php (sama seperti mengisi permohonan kemasukan ke IPTA).

1 ulasan:

sabarina berkata...

assalamualaikum..tumpang bertanye..hanye 6 uni tu je ke yg ade program asasi??