Selamat kembali ke sekolah. Marilah mencapai kecemerlangan pada musim persekolahan yang baru ini.

Salam Merdeka..

Perjuangan kemerdekaan telah dilalui oleh pendahulu kita dengan penuh onak duri. Penuh ranjau. Perjuangan itu sangat panjang dan perit. Perit sangat. Tanah berdaulat ini telah dijajah hampir 500 tahun sejak kejatuhan Melaka 1511 hingga Persekutuan Tanah Melayu terbentuk pada 31 Ogos 1957. Hari ini, 2009, baru 52 tahun selepas kemerdekaan kita itu. Peliharalah kemerdekaan ini dan marilah kita mengisinya dengan kegemilangan. Salam Merdeka dari Anak Malaysia.






>>> Dapatkan kad testi menarik hanya di MyLurVe.com!!! <<<

Memperingati Masjid Al-Aqsa dibakar


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan.

Namun, Allah SWT telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutus oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.

Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras.

Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.

Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.

Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.

Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu.

Begitulah nasib tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.
Berkait isu Palestin
Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin. Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam.

Sebab utamanya, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.

Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.

Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam.

Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.

Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.

Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di Masjid Al-Aqsa.

Adalah diharap program ini akan menggerakkan masyarakat supaya sedar lalu terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.

Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia.

Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara terus lagi haram oleh rejim Zionis.

Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama-sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.

Sementara itu, antara aktiviti untuk menyemarakkan sambutan ini ialah ceramah umum, seminar, demonstrasi damai, penerbitan filem, buletin, cakera padat video (VCD), persembahan seni seperti teater, nasyid, dan festival seni dan pameran kesedaran di tempat awam yang strategik di masjid-masjid, sekolah-sekolah termasuk gedung membeli-belah dan sebagainya.

Sumber: Utusan Malaysia, 21 Ogos 2009

Selamat Bercuti...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Jangan lupa datang sekolah semula pada 1 September....

Salam Ramadhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua program matrikulasi / asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ). Pada sesi 1999 / 2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998. Mulai sesi 2000 / 2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Asasi Sains UM dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan Melalui internet ( PMI ) telah diperkenalkan mulai tahun 2003 bagi pengambilan sesi 2004 / 2005 kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) dan Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) sebagai projek perintis. Kini untuk sesi pengambilan 2009 / 2010 penggunaan PMI telah meningkat kepada 80 peratus daripada jumlah permohonan berbanding dengan permohonan secara manual ( PSM ).

KONSEP

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam. Tempoh pengajian program prauniversiti ini mengambil masa dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) kecuali bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ) yang dijalankan untuk tempoh 4 semester. Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepemimpinan yang tinggi. Semua pelajar program ini akan mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi, oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

TEMPAT PENGAJIAN

Program Matrikulasi ini dijalankan di 12 buah kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan.


BIDANG PENGKHUSUSAN

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua (2) jurusan dan satu (1) aliran iaitu :

a) Sains (M001)
b) Perakaunan (M003)
c) Teknikal (M007)

PAKEJ MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN

  • Mata Pelajaran Teras Jurusan Sains: Matematik, Kimia dan Fizik atau Biologi
  • Mata Pelajaran Teras Jurusan Perakaunan: Matematik, Perakaunan, Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan
  • Mata Pelajaran Teras Aliran Teknikal: Matematik, Sains Kejuruteraan dan Asas Kejuruteraan atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKE) / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) / Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA)

RANCANGAN PROGRAM

Jangka Masa Program
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengambil masa dua (2) semester bagi Progarm Matrikulasi Satu Tahun (PST ) manakala empat (4) semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ).

Pengambilan Pelajar
Pengambilan pelajar dibuat dua (2) kali setahun, iaitu pertama pada bulan Mei. Pengambilan ini membolehkan pelajar lulusan program ini memasuki IPTA pada semester pertama tahun berikutnya. Manakala pengambilan kedua ialah pada bulan Jun bagi Program Matrikulasi Dua Tahun.

CARA PERMOHONAN

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua ( 2 ) cara permohonan iaitu :

  • Permohonan Secara Manual (PSM)
  • Permohonan Melalui Internet (PMI)

Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. (Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja).

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup ialah pada 10 Oktober 2009.

Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

Sila klik sini untuk maklumat lanjut.

Kuiz Kemerdekaan Malaysia ke-52

Sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke-52 nie, saya nak kongsikan beberapa soalan tuk kita fikirkan bersama...
  • Bilakah tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu? (Soalan bonus)..
31 Ogos 1957
  • Bilakah tarikh penubuhan negara Malaysia?
16 September 1963
  • Bilakah tarikh Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia?
9 Ogos 1965
  • Siapakah Yang DiPertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang pertama?
  • Siapakah Yang DiPertuan Agong Malaysia yang pertama?
  • Siapakah Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama?
  • Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama?
  • Dimanakah dalam Perlembagaan Malaysia yang menyatakan Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia?
Artikel 11 Perlembagaan Malaysia
  • Dimanakah dalam Perlembagaan Malaysia yang menyatakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia?
Artikel 152 Perlembagaan Malaysia
  • Siapakah yang mencadangkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu?
Sheikh Abdullah Fahim
  • Barapa kali Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka" pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka?
7 kali
  • Siapakah yang menurunkan bendera Union Jack dan kemudiannya menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka?
Haji Hamzah Alang
  • Siapakah yang mereka bendera Persekutuan Tanah Melayu (dan kemudiannya Malaysia)?
Mohamed bin Hamzah
  • Bilakah nama bendera Malaysia diisytiharkan sebagai Jalur Gemilang?
31 Ogos 1997
  • Siapakah yang mencipta lirik Negaraku?
Saiful Bahari
  • Lagu Negaraku berasal dari lagu kebangsaan negeri mana?
Perak
  • Siapakah yang melaungkan Azan selepas nyanyian lagu Negaraku pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka?
Hassan Azhari (Bapa Datuk Jalaluddin Hassan & Musa Hassan tue)
  • Bilakah Bunga Raya diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan Malaysia?
28 Julai 1960
  • Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia. Bilakah Rukunegara diisytiharkan?
31 Ogos 1970
  • Soalan terakhir. Bagaimanakah anda menghayati tema kemerdekaan Malaysia ke-52 iaitu 1Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?
Jawab sendiri lah...
  • Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia yang sentiasa berbangga dan bertanggungjawab terhadap negaranya.
#update 4 Sept. 2009

Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.