Selamat kembali ke sekolah. Marilah mencapai kecemerlangan pada musim persekolahan yang baru ini.

Analisis PMR 2009

Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my

Prestasi calon luar bandar makin baik

PUTRAJAYA: Seramai 28,188 pelajar atau 6.37 peratus daripada 442,721 calon memperoleh semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, berbanding 26,378 tahun lalu.

Nilai Gred Purata Nasional (GPN) peperiksaan itu juga bertambah baik tahun ini iaitu 2.78 berbanding 2.83 tahun lalu, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Prestasi calon luar bandar juga semakin baik apabila 4,775 berjaya memperoleh semua A berbanding 4,345 tahun lalu, manakala 87,936 melepasi tahap minimum gred A, B, C dan D.

Nilai GPN bagi calon luar bandar juga bertambah baik daripada 3.02 tahun lalu kepada 2.97 tahun ini.

Calon bandar yang mendapat semua A juga meningkat kepada 22,901, berbanding 21,576 tahun lalu, manakala GPN bertambah baik daripada 2.72 kepada 2.68 tahun ini. Alimuddin berkata jurang perbezaan antara calon bandar dan luar bandar juga semakin rapat berdasarkan penguncupan nilai beza GPN antara kedua-dua kumpulan, iaitu 0.3 pada tahun lalu kepada 0.29 tahun ini.

"Bagaimanapun, daripada segi pencapaian semua A, jurang perbezaan pencapaian calon bandar dan luar bandar meningkat daripada 5.11 peratus kepada 5.22 peratus," katanya.

Antara 10 sekolah harian terbaik termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Bangi, Selangor: SMK Mak Lagam, Kemaman, Terengganu: SMK Sultan Badlishah, Kulim dan SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah serta SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK Derma, Kangar.

Sekolah Berasrama Penuh terbaik pula ialah Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sekolah Tun Fatimah Johor Baharu, Sekolah Dato Abdul Razak dan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban dan SM Sains Tengku Abdullah, Raub.

Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut dan SM Imtiaz, Kuala Berang; Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya dan Sekolah Agama Persekutuan Kajang serta SM Agama Persekutuan Labu, muncul sekolah menengah agama terbaik.

PMR tahun ini juga menyaksikan kumpulan pertama 156 calon mengambil subjek Pendidikan Kesenian di dua sekolah iaitu Sekolah Seni Johor Baharu (SSeJB) dan SSe Kuching. Subjek kesenian yang diambil ialah Tari, Muzik, Teater dan Seni Visual.

Bidang teater menunjukkan pencapaian tertinggi apabila 35 calon atau 22.4 peratus mendapat peringkat tertinggi Band 4.

"Seramai 12 calon SSe pencapaian cemerlang dalam akademik dengan memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran teras," katanya.

Selain itu, tujuh pelajar istimewa disenaraikan calon terbaik iaitu empat mendapat 7A, dua 8A dan seorang 9A.

Alimuddin juga berkata, ada peningkatan daripada 25.6 peratus kepada 26.7 peratus dalam jumlah pelajar yang memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik, manakala bagi mata pelajaran Sains daripada 17.2 peratus kepada 18.5 peratus.

Bagaimanapun, katanya, berlaku penurunan tidak ketara kepada prestasi mata pelajaran Bahasa Malaysia (BM) dan Bahasa Inggeris (BI).

"Peratus berbanding tahun lalu untuk yang memperoleh semua A dalam BM menurun daripada 26.3 kepada 25.6 tahun ini dan BI daripada 16.4 peratus kepada 16.1," katanya.

Sumber: Berita Harian, 25 Disember 2009

Laskar Pelangi Menjulang Semangat Juang

Baru-baru ini, saya sempat menonton filem Laskar Pelangi (di Youtube sebab seingat saya filem ini tidak ditayangkan di pawagam Malaysia). Filem ini diadaptasi daripada Novel Laskar Pelangi karangan Andrea Hirata. Filem ini sangat indah. Filem ini mengisahkan tentang perjalanan 10 pelajar miskin menempuh ranjau perjuangan menuntut ilmu di sebuah sekolah usang SD Muhammadiyah Gantong Belitung. Mereka dididik dengan penuh kesungguhan dan kasih sayang oleh seorang guru wanita muda Bu Muslimah.

Filem ini menunjukkan kesungguhan segelintir ibu-bapa yang percaya pendidikan bisa merubah nasib anak mereka yang bodoh dan miskin. Mereka masih bertekad menghantar anak mereka ke sekolah SD Muhammadiyah yang usang dan serba daif walaupun dikutuk oleh masyarakat kuli sekeliling yang tidak percaya mereka boleh sembuh daripada penyakit kemiskinan. Jelas sekali mereka berdebar dan gelisah menanti anak ke sepuluh untuk hadir mendaftar di hari pertama persekolahan di SD Muhammadiyah. Mereka tidak senang duduk kerana mereka faham bahawa anak-anak mereka tidak akan berpeluang mengenal huruf jika bilangan pelajar yang mendaftar pada hari itu kurang daripada sepuluh orang. Nasib mereka baik kerana kehadiran Harun menyelamatkan keadaan.

Kesungguhan Lintang juga sangat menyentuh. Pelajar ini perlu mengayuh basikalnya sejauh 80KM ulang alik dari rumah ke sekolah setiap hari. Dalam perjalanan pula, sering kali dia dihalang oleh sang buaya yang melintas jalan. Namun semua itu hanya ujian kecil baginya. Dia gagah berkayuh seawal subuh bagi memastikan dirinya tidak lewat sampai ke sekolah. Inilah bukti sebenar kecintaan Lintang terhadap ilmu. Maka tidak hairanlah jika dia merupakan pelajar paling pintar di sekolah itu.

Perwatakan Bu Muslimah juga sangat mengesankan. Beliau bermotivasi tinggi untuk mengajar anak-anak miskin Belitung. Semasa Pak Harfan mengingatkannya bahawa hanya sembilan orang pelajar yang mendaftar, dia masih bertegas untuk mengajar dan tidak sanggup hari pertamanya sebagai guru, musnah. Dia siap berlari keluar sekolah untuk melihat-lihat jika masih ada pelajar yang ingin mendaftar.

Selain itu, beliau teguh mengajar walaupun tidak pernah menerima gaji kerana keterbatasan kewangan sekolah. Beliau juga tidak pernah berkira untuk mengeluarkan biaya bagi anak didiknya. Dia telah membeli kain dan menjahit sendiri seragam sekolah untuk anak didiknya. Inilah sifat mulia yang patut dimiliki oleh setiap guru.

Pengajaran Bu Muslimah juga sangat berkesan dan memotivasikan. Dia juga bijak menyesuaikan pengajarannya dengan keadaan pelajar dan persekitarannya. Semasa pelajar SD PN Timah menggunakan mesin kira dalam subjek matematik, dia mengajar pelajarnya mengira menggunakan batang-batang lidi. Dia menerangkan tentang rasa manis buah semasa mereka makan buah di luar sekolah. Dia juga menemani pelajarnya memerhati pelangi.

"Sekolah ini adalah sekolah dimana pendidikan agama, pendidikan budi pekerti, bukan sekadar pelengkap kurikulum. Kecerdasan bukan dilihat sekadar dari nilai-nilai, dari angka-angka itu, bukan, tapi dari hati."

"Kalian harus punya keberanian, punya keinginan yang kuat dan pantang menyerah menghadapi tantangan macam apa pun."

"Jangan pernah menyerah. Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya."

"Kita semua harus punya cita-cita. Dan di sekolah inilah perjalanan itu kita mulai. Kita harus terus sekolah."

Banyak lagi pengajaran yang boleh kita timba dari filem ini. Hayatilah dan terus berjuang mengejar cita-cita.

Kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik/Vokasional (SMT/V)

Sekolah Menengah Teknik (SMT)) menawarkan kursus-kursus dalam 3 aliran iaitu teknikal, vokasional dan kemahiran kepada pelajar lepasan PMR. Manakala Sekolah Menengah Vokasional (SMV) menawarkan kursus dalam 2 aliran sahaja iaitu vokasional dan kemahiran.

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) kini sedang memberi fokus kepada perluasan aliran vokasional dan kemahiran berdasarkan permohonan yang tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan. Sehubungan dengan itu aliran teknikal dikurangkan untuk memberi laluan kepada perluasan aliran vokasional dan kemahiran. Ini bermakna bilangan SMT akan dikurangkan, sementara bilangan SMV akan bertambah secara berperingkat sejak tahun 2008 lagi.

SYARAT KELAYAKAN

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
2. Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Pemohon perlu bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy), yang serius dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
3. Pemohon kursus Kejuruteraan Elektrik (Aliran Teknikal), kursus Elektrik dan Elektronik (Aliran Vokasional) serta kursus Mekanik Teknologi Elektronik Radio & Video (Aliran Kemahiran) dan Juruteknik Rendah Elektronik Industri – Peralatan (Aliran Kemahiran) mestilah TIDAK RABUN WARNA.
4. Memenuhi kelayakan akademik minimum:

a. Aliran Teknikal
Mendapat pencapaian minimum 4 A (Bahasa Melayu, Matematik,Sains,Kemahiran Hidup)DAN
mendapat 4 B dalam mata pelajaran lain termasuk Bahasa Inggeris.

b. Aliran Vokasional
Mendapat pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu – C
- Sains – D
- Matematik – D
- Kemahiran Hidup – C
Dan mendapat minimum gred D dalam mana-mana 1 mata pelajaran.

c. Aliran Kemahiran
Telah menduduki PMR

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat secara online. Sila layari laman web : www.moe.gov.my
2. Pemohon adalah digalakkkan membuat permohonan awal selepas menduduki PMR dengan memilih aliran dan kursus yang diminati

NOTA

1. Pada akhir Tingkatan 5, pelajar Aliran Teknikal dan Vokasional akan menduduki peperiksaan SPM.
2. Pelajar yang tamat dengan jayanya Aliran Kemahiran mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
3. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada SMT/V yang berhampiran.

Kemasukan ke Sekolah Seni KPM

Pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang kesenian samada seni visual, seni tari, seni muzik atau seni teater boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Seni KPM. Buat masa ini, terdapat dua buah Sekolah Seni KPM iaitu Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching. Namun, tawaran hanya dibuka bagi pelajar lepasan UPSR untuk kemasukan ke Tingkatan 1 di Sekolah Seni KPM.

SYARAT KEMASUKAN

1. Warganegara Malaysia
2. Berbakat dan potensi dalam bidang kesenian ( seni visual, seni tari, seni
Muzik, seni teater )
3. Lulus ujian bakat
4. Lulus UPSR dengan minimum 3B.

UJI BAKAT

Semasa uji bakat, calon akan dinilai dalam aspek berikut :
a. Pengetahuan Am
b. Kemahiran Komunikasi
c. Sahsiah Diri
d. Kebolehan Bakat atau Minat yang dipilih

KAEDAH PENGAMBILAN

a. Saluran Pertama :
- Permohonan melalui Jabatan pendidikan Negeri.
b. Saluran Kedua :
- Permohonan terus kepada KPM melalui permohonan ibu bapa ATAU cadangan oleh badan kesenian negeri/kebangsaan.

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pengarah ,
Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 1 & 7, Blok E13,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Tel : 03-88841026
Fax : 03-88841034

Kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawarkan peluang pengajian yang luas kepada semua pelajar. Pelajar boleh memulakan pengajian mereka di SMKA di Tingkatan Satu, Empat atau Enam Rendah. Urusan pengambilan pelajar diuruskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan ke Tingkatan Satu

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur 13 tahun ke bawah
3. Boleh membaca al-Quran
4. Boleh menulis jawi
5. Lulus Ujian PAFA (UPSR)
6. Sekurang-kurangnya 2A 3B dalam Peperiksaan UPSR

Permohonan ke Tingkatan Empat

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 16 tahun atau kurang
3. Lulus Ujian PAFA (PMR)
4. Lulus PMR dengan sekurang- kurangnya memperolehi :
- B dalam Bahasa Arab Komunikasi dan Pendidikan Islam
- C dalam lain-lain mata pelajaran

Permohonan ke Tingkatan Enam Rendah

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur antara 17 dan 20 tahun
3. Lulus SPM dengan sekurang- kurangnya memperolehi :
- Kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
- Kredit dalam Bahasa Arab Komunikasi ATAU Lulus Bahasa Arab Tinggi
- Lulus matapelajaran Pengajian Quran Sunnah dan Syariah Islamiah
- Memiliki agregat 16 atau kurang daripada TIGA mata pelajaran

CARA MEMOHON

1. Ambil borang Permohonan Masuk Ke SMKA daripada Jabatan Pendidikan Negeri
2. Isikan butiran yang diperlukan dengan lengkap, termasuk pengesahan oleh Guru Besar
3. Hantar borang ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya SEMINGGU selepas keputusan peperiksaan diumumkan.
4. Sertakan dokumen-dokumen berikut :
- Slip keputusan UPSR/PMR/SPM
- Salinan Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan
- Surat Tamat Sekolah Rendah
- Sijil- sijil ( jika ada )
5. Ujian pra atau ujian kelayakan akan dijalankan di sesetengah negeri.

Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran daripada SMKA yang menawarkan. Pemohon yang gagal tidak akan dimaklumkan. Bukti penghantaran tidak diterima sebagai bukti penerimaan borang.

Sumber: Bahagian Pendidikan Islam, KPM

Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Pada setiap tahun hampir 100,000 permohonan untuk kemasukan Tingkatan 1 diterima dan diproses oleh Unit Pengambilan, Sektor Pengurusan HEM, BPSBPSK. Sehingga Mei 2009, sebanyak 51 buah SBP menawarkan tempat ke Tingkatan 1 termasuk 3 buah SBP yang baru dibuka iaitu Sekolah Menengah Sains (SMS) Kepala Batas, SMS Bagan Datoh dan SMS Kubang Pasu.

Selain itu, setiap tahun tidak kurang 45,000 permohonan untuk kemasukan Tingkatan 4 dikendalikan oleh Unit Pengambilan, Sektor Pengurusan HEM, BPSBPSK. Sehingga Mei 2009, sebanyak 57 buah SBP menawarkan tempat ke Tingkatan 4 termasuk 3 buah SBP yang baru dibuka iaitu SMS Kepala Batas, SMS Bagan Datoh dan SMS Kubang Pasu. Sebanyak 6 buah SBP menawarkan kemasukan bermula di Tingkatan 4 iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang (KISAS), SMS Muar, SMS Kuala Terengganu, SMS Alam Shah Kuala Lumpur, SMS Seri Puteri Kuala Lumpur dan SMS Seremban.

SYARAT KELAYAKAN

A. Permohonan ke Tingkatan 1

1. Warganegara Malaysia.
2. Pelajar Sekolah Kebangsaan sahaja.
3. Aktif dalam kokurikulum.
4. Mencapai 5A atau 4A 1B dalam UPSR (Matematik dan Sains
mesti gred A).
5. Keutamaan diberikan kepada pelajar sekolah pedalaman, miskin, Orang asli dan Pribumi.

B. Permohonan ke Tingkatan 4

1. Warganegara Malaysia.
2. Pelajar Sekolah Bantuan Penuh atau Bantuan Kerajaan.
3. Aktif dalam Kokurikulum.
4. Kelayakan akademik seperti berikut:
- Minimum mendapat 6A tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing/Bahasa
Antarabangsa dalam PMR.
- Mendapat gred B dalam mata pelajaran yang lain
- Untuk ke Tingkatan 4 Aliran Agama / Sains Agama, pemohon hendaklah memperolehi gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata
pelajaran Bahasa Arab Komunikasi
5. Keutamaan diberikan kepada pelajar sekolah pedalaman, miskin, Orang asli dan Pribumi.

CARA MEMOHON

1. Permohonan secara online di laman web KPM di alamat http://www.moe.gov.my.
2. Bagi permohonan ke Tingkatan 1, pemohon perlu mencetak 2 salinan maklumat permohonan; salinan pertama dihantar kepada Guru Besar sekolah asal dan salinan kedua dihantar terus kepada Pengetua SBP pilihan pemohon.
3. Bagi permohonan ke Tingkatan 4, pemohon perlu mencetak 1 salinan maklumat permohonan untuk dihantar kepada Pengetua sekolah asal masing-masing untuk pengesahan
maklumat.
4. Pelajar yang tidak berjaya ditawarkan ke SBP boleh membuat rayuan secara online laman web KPM di alamat http://www.moe.gov.my.

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya

Tel: 03-8884 9357 / 9362 / 9511
Faks: 03-88849318 / 9422
Laman web: http://www.moe.gov.my

Kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia.
2. Jantina - Lelaki.
3. Tinggi minimum - 152 sm.
4. Berat minimum - 40.5 kg.
5. Body Mass Index (BMI) - 18 sehingga 27.
6. Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas).
7. Penglihatan - Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
8. Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.
9. Cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan PMR.
10. Mendapat markah cemerlang dalam Ujian Khas MTD (UKMTD).
11. Berjaya dalam Temuduga Akhir MTD
12. PMR sebenar calon mestilah minimum 6A 2B ( A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,Matematik dan Sains).

PROSES PENGIRAAN MARKAH UJIAN KHAS MTD (UKMTD)

1. Ujian khas MTD terdiri dari perkara seperti berikut:

i. Pemeriksaan kesihatan - (mesti lulus untuk mengikuti ujian fizikal)
ii. Ujian Akademik = 50%
iii. Ujian Fizikal = 30%
iv. Penilaian Kepimpinan = 10%
v. Penilaian Sukan = 10%
Jumlah Keseluruhan = 100%

2. Pemohon yang berjaya mendapat markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD (UKMTD) akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga Akhir MTD. Permohon yang berjaya dalam temuduga tersebut akan ditawarkan tempat pengajian di MTD dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).

CARA MEMOHON


1. Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03) di laman Web MTD iaitu www.rmc.edu.my secara percuma.
2. Bagi pemohon yang memohon borang permohanan melalui pos, sila sertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm berlamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
Sel Pemilihan
Maktab Tentera Diraja
Kem Sungai Besi
57000 KUALA LUMPUR
3. Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD dijalankan.
4. Borang permohanan (BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas.

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Sel Pemilihan
Maktab Tentera Diraja
Kem Sungai Besi
57000 KUALA LUMPUR

Laman web: www.rmc.edu.my

Kemasukan ke Latihan Separa Perubatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan 13 latihan separa perubatan. Urusan pengambilan pelatih untuk mengikuti latihan ini dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

A. LATIHAN BERTARAF DIPLOMA

1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pelatih
2. Jurupulih Perubatan (Anggota) Pelatih
3. Jurupulih Perubatan (cara Kerja) Pelatih
4. Jururawat Pelatih
5. Jururawat Pergigian Pelatih
6. Juruteknologi Makmal Perubatan Pelatih
7. Juruteknologi Pergigian Pelatih
8. Juru X-Ray Pelatih
9. Pembantu Farmasi Pelatih
10. Pembantu Perubatan Pelatih

Syarat Kelayakan

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur antara 17 hingga 25 tahun.
3. Mendapat kelayakan akademik minimum SPM/setaraf iaitu lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan 2 KEPUJIAN dan selebihnya peringkat Lulus.
4. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Sains/Sains Tulen serta LULUS mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.


B. LATIHAN BERTARAF SIJIL

1. Jururawat Masyarakat Pelatih
2. Pembantu Pembedahan Pergigian Pelatih
3. Pembantu Kesihatan Awam Pelatih

Syarat Kelayakan

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur antara 17 hingga 25 tahun.
3. Lulus PMR/setaraf dengan LULUS Bahasa Melayu. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mendapat KEPUJIAN Bahasa Melayu dan Sains serta LULUS Bahasa Inggeris dan Matematik.
4. Bagi jawatan Jururawat Masyarakat Pelatih, calon harus memiliki SPM dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan, sila klik sini.

CARA MEMOHON

1. Permohonan secara online di laman web SPA. Pilih Borang Online kategori SPM/SRP/PMR/Separa Perubatan.
2. Permohonan boleh dibuat sepanjang tahun.
3. Bagi calon yang layak, surat untuk menduduki ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada akhir bulan November dan awal bulan Disember.
4. Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Online SPA8i adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

NOTA

1. Yuran pengajian percuma.
2. Elaun bulanan diberikan.
3. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7 Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
60520 PUTRAJAYA

Tel : 88856000
Fax : 03-8888 5036
Laman web : http://www.spa.gov.my/portal/page?_pageid=53,49453&_dad=portal&_schema=PORTAL

Kemasukan ke Program Asasi IPTA

Pelajar-pelajar cemerlang SPM biasanya berlumba-lumba untuk mengikuti program pengajian Matrikulasi di Kolej Matrikulasi KPM untuk mendapat laluan pantas ke program pengajian Ijasah Sarjana Muda selepas tamat pengajian. Ini kerana program matrikulasi hanya mengambil masa setahun (2 semester). Namun, program ini memberikan kuota 90% bumiputera dan 10% bukan bumiputera.

Sebenarnya terdapat alternatif lain yang boleh dipilih oleh pelajar-pelajar cemerlang sekalian. Anda boleh memohon mengikuti program Asasi di beberapa IPTA. Tempoh pengajian juga seperti program di matrikulasi iaitu antara 2-4 semester. Malah, program asasi ini lebih berfokus berbanding program matrikulasi KPM. Program ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali bagi program Asasi UiTM, UIAM dan Asasi Sains UM yang dibuka untuk bumiputera sahaja.

Senarai IPTA yang menawarkan program Asasi bagi lepasan SPM:

1. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- ASASI SAINS (2 Semester)
- ASASI TESL (2 Semester)
- ASASI KEJURUTERAAN (2 Semester)
- ASASI UNDANG-UNDANG (2 Semester)
- ASASI UNDANG-UNDANG (3 Semester)

2. Universiti Malaya (UM)
- ASASI SAINS HAYAT (2 Semester)
- ASASI SAINS FIZIKAL (2 Semester)
- ASASI ALAM BINA (2 Semester)
- ASASI PENDIDIKAN ISLAM (4 Semester)
- ASASI SYARIAH (4 Semester)
- ASASI USULUDDIN (4 Semester)
- ASASI PENGAJIAN ISLAM DENGAN SAINS (4 Semester)

3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
- ASASI SAINS PERTANIAN (3 Semester)

4. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- TAMHIDI PERGIGIAN (2 Semester)
- TAMHIDI PERUBATAN (2 Semester)
- TAMHIDI PERAKAUNAN DAN MUAMALAT (2 Semester)
- TAMHIDI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG (2 Semester)
- TAMHIDI SAINS DAN TEKNOLOGI (2 Semester)

5.Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- ASASI SAINS HAYAT (4 Semester)
- ASASI SAINS FIZIKAL (4 Semester)
- ASASI SAINS KESIHATAN BERSEKUTU (4 Semester)
- ASASI KEJURURAWATAN (4 Semester)
- ASASI FARMASI (4 Semester)
- ASASI PERGIGIAN (4 Semester)
- ASASI PERUBATAN (4 Semester)
- ASASI SAINS KEMANUSIAAN (4 Semester)
- ASASI BAHASA INGGERIS (4 Semester)
- ASASI BAHASA ARAB (4 Semester)
- ASASI EKONOMI & SAINS PENGURUSAN (4 Semester)
- ASASI SENI BINA DAN REKA BENTUK ALAM SEKITAR (4 Semester)
- ASASI KEJURUTERAAN DAN SAINS KOMPUTER (4 Semester)
- ASASI UNDANG-UNDANG (4 Semester)
- ASASI ILMU PENGETAHUAN BERTERASKAN WAHYU (4 Semester)

6. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- ASASI PENGURUSAN SUMBER PERTAHANAN (2 Semester)
- ASASI SAINS KEJURUTERAAN PERTAHANAN (2 Semester)
- ASASI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN (2 Semester)

Pemohon boleh memohon mengikuti program asasi ini dengan mengisi permohonan online di alamat http://upu.mohe.gov.my/index1.php (sama seperti mengisi permohonan kemasukan ke IPTA).

Kemasukan ke IPTA

Universiti awam menawarkan pelbagai peringkat pengajian seperti Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. Kelayakan SPM dan setaraf membolehkan pemohon mengikuti program Asasi dan Diploma. Kelayakan STPM dan setaraf pula melayakkan pemohon mengikuti program Sarjana Muda.

SYARAT KELAYAKAN

a. Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf

1. Warganegara Malaysia dan
2. Lulus SPM/setaraf dengan minimum 5 KEPUJIAN termasuk Bahasa Melayu.
3. Program berikut adalah dikhaskan untuk Bumiputera sahaja:
•Semua program Asasi di UIAM;
•Semua program Asasi Sains di UM; dan
•Semua program pengajian di UiTM;

b. Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf

1. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET.
2. Lulus SPM/Setaraf dengan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu atau KEPUJIAN Bahasa Melayu Kertas Julai.
3. Mencapai kelayakan minimum seperti berikut:

Lulus STPM 2008 dengan minimum PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am, dan Gred C (NGMP 2.00) dalam 2 mata pelajaran lain.

atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2008 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00

atau

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2008, 2007 atau 2006 dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid.

atau

Memiliki kelulusan Diploma/Setaraf atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;

atau

Lulus peperiksaan STPM Tahun 2007 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi Tahun 2007 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00

Syarat khusus setiap program, sila klik sini.

CARA MEMOHON

1. Beli Nombor PIN di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan mengemukakan Kad Pengenalan pemohon. Harga Nombor PIN bagi program lepasan SPM ialah RM 10.60 manakala bagi program lepasan STPM ialah RM 15.60.
2. Permohonan secara online di Laman Web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di alamat http://upu.mohe.gov.my/index1.php
3. Terdapat beberapa program pengajian mensyaratkan temuduga dan/atau ujian khas.
4. Pengambilan utama dibuat oleh semua universiti bagi sesi Julai dan dikendalikan proses pengambilannya oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Beberapa universiti membuat pengambilan kedua bagi sesi Januari yang dikendalikan sendiri pengambilannya oleh universiti tersebut.

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR
JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
ARAS 1, BLOK E9, PARCEL E, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA

Hotline : 03-8883 5858 (10 Talian)
Helpline : 03-8883 5848
Talian Am : 03-8883 5801/5802
Faks : 03-8889 4260
E-mel : upu@mohe.gov.my
Laman web : http://upu.mohe.gov.my/index1.php

Kemasukan ke German-Malaysian Institute (GMi)

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia
2. Umur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan
3. Lulus temuduga atau Ujian Khas kemasukan GMI
4. Tiada kecacatan fizikal dan tidak rabun warna
5. Lulus Ujian Kesihatan dan Dadah
6. Memiliki kelayakan akademik minimum:

Lulus SPM/SPMV dengan mendapat kepujian dalam:
- Bahasa Melayu
- Matematik Moden / Matematik Tambahan
- 1 Subjek Sains / Teknikal
- 2 Subjek lain
- dan sekurang-kurangnya lulus dalam Bahasa Inggeris

ATAU

Memiliki Sijil daripada IKM/ITI/ILP/Politeknik/Institut lain atau mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 yang diiktiraf oleh MLVK dan Lulus SPM/SPMV dengan kepujian dalam Bahasa Melayu.

ATAU

Memiliki STPM dengan 2 prinsipal.

ATAU

Memiliki Pra-Diploma atau Sijil Matrikulasi dengan CGPA sekurang-kurangnya 2.00
dan ke atas dan Lulus SPM/SPMV dengan mendapat kepujian dalam:
- Bahasa Melayu
- 2 subjek lain
- dan sekurang-kurangnya lulus dalam Bahasa Inggeris

CARA MEMOHON

1. Pengambilan dibuat sebanyak dua kali (sesi Januari & Julai) setahun.
2. Iklan akan dikeluarkan dalam bulan Mac dan September.
3. Permohonan secara online di laman web UPIM di alamat http://online.mara.gov.my/upimonline/semak.aspx

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE
Jalan Ilmiah
Taman Universiti
43000 Kajang, Selangor

Tel: 03-8921 9000
Faks: 03-8921 9003
E-mel: enquirygmi@gmail.com
Laman web: http://online.mara.gov.my/upimonline/Default.aspx

Kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM)

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia.
2. Bumiputera.
3. Memenuhi kelayakan minimum:

a. Program Intensif Persediaan
Lulus SPM/SPMV/setaraf dengannya dengan 3 KEPUJIAN, LULUS Bahasa Inggeris dan LULUS Matematik.

b. Diploma
Lulus SPM/SPMV/setaraf dengannya dengan 3 KEPUJIAN

c. Foundation & Higher National Diploma
Lulus SPM/SPMV/setaraf dengannya dengan 5 KEPUJIAN

Syarat kelayakan khusus mengikut kursus, sila klik sini.

CARA MEMOHON

1. Pengambilan dibuat sebanyak dua kali (sesi Januari & Julai) setahun.
2. Iklan dikeluarkan dalam bulan Mac dan September.
3. Permohonan secara online di laman web UPIM di alamat http://online.mara.gov.my/upimonline/semak.aspx

NOTA

1. Yuran pengajian percuma.
2. Elaun deberikan.
3. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

UNIT PUSAT INSTITUSI MARA (UPIM)
BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI MARA,
TINGKAT 12, IBU PEJABAT MARA
JALAN RAJA LAUT
50609 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2691 5111 samb. 1734, 1760, 1732
Faks : 03-2691 4457
Emel: upim@mara.gov.my
Laman web: http://online.mara.gov.my/upimonline/Default.aspx

Kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia.
2. Bumiputera
3. Berumur antara 17 hingga 45 tahun.
4. Lulus SPM dengan minimum 3 Kepujian dan LULUS Bahasa Inggeris.

Syarat khusus bagi setiap kursus, sila klik sini.

CARA MEMOHON

1. Pengambilan dibuat sebanyak dua kali (sesi Januari & Julai) setahun.
2. Iklan dikeluarkan dalam bulan Mac dan September.
3. Permohonan secara online di laman web UPIM di alamat http://online.mara.gov.my/upimonline/semak.aspx

NOTA

1. Yuran pengajian percuma.
2. Elaun bulanan diberikan kepada yang layak.
3. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

UNIT PUSAT INSTITUSI MARA (UPIM)
BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI MARA,
TINGKAT 12, IBU PEJABAT MARA
JALAN RAJA LAUT
50609 KUALA LUMPUR

Tel: 03-2691 5111 samb. 3469/3962/3493
Emel: upim@mara.gov.my
Laman Web: http://online.mara.gov.my/upimonline/Default.aspx

Kemasukan ke Institut Kemahiran MARA (IKM)

SYARAT KELAYAKAN

1. Bumiputera
2. Warganegara Malaysia
3. Berumur di antara 17 hingga 40 tahun
4. Lulus SPM/SPMV

Syarat khusus mengikut kursus, sila klik sini.

CARA MEMOHON

1. Pengambilan dibuat sebanyak dua kali (Sesi Januari & Julai) setahun.
2. Iklan biasanya dikeluarkan dalam bulan Mac dan September.
3. Permohonan boleh dibuat secara online ATAU melalui borang manual yang boleh didapati di IKM berhampiran.

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Tel: 03-26915111 samb : 3962, 3480, 3469
Laman web: http://online.mara.gov.my/ikmonline/

Kemasukan ke Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) adalah sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd., KPTMSB (547467-W) dan didaftarkan sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

Kolej Poly-Tech Mara Sdn. Bhd. (KPTMSB) merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 menurut kehendak Seksyen 12(1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Sebelum ini, Kolej Poly-Tech MARA dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA. Pada 1 September 2003, secara rasminya, namanya telah ditukar kepada Kolej Poly-Tech MARA. Ia mempunyai 4 kolej cawangan yang mengendalikan program-program sepenuh masa iaitu:-

· Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KPTMKL)
· Kolej Poly-Tech MARA Kuantan (KPTMK)
· Kolej Poly-Tech MARA Bangi (KPTMB)
· Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu (KPTMKB)
· Kolej Poly-Tech MARA Alor Star
· Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat, dan
· Kolej Poly-Tech MARA Ipoh

Di samping itu, Kolej Poly-Tech MARA juga mengendalikan program-program jarak jauh, sambilan dan jangka pendek melalui satu unit yang dipanggil Bahagian Pendidikan Profesional Jarak Jauh (BPPJJ) yang bertempat di KPTMKL. Ini memberikan kepelbagaian dalam pemilihan program pendidikan di Kolej ini berdasarkan kelayakan serta citarasa calon-calon pelajar.

Bermula pada 1 Januari 2004, kolej-kolej cawangan Akademi Infotech MARA (AIM) diserapkan ke dalam pentadbiran KPTMSB. Cawangan-cawangan berkenaan mempunyai lokasi-lokasi di Alor Setar, Ipoh, Batu Pahat dan Kota Bharu.

Pada masa ini, Kolej Poly-Tech MARA menawarkan pelbagai program pendidikan di peringkat sijil, diploma dan ijazah pertama di dalam bidang-bidang berikut secara usahasama dengan IPT tempatan dan luar negara, selain dari program-program pengajian Kolej Poly-Tech MARA sendiri:-

· Sains Komputer
· Teknolgi Maklumat
· Pengurusan Perniagaan
· Perakaunan
· Kejuruteraan
· Pengajian Profesional (CAT, ACCA dan ICSA)
· Sains Kesihatan

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Kolej Poly-Tech MARA dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas yang bersesuaian dan terkini sebagai menyokong kepada program-program pendidikan yang dikendalikan. Kemudahan-kemudahan akademik seperti bilik kuliah, makmal-makmal komputer dan sains, serta perpustakaan disediakan dengan terancang bersesuaian dengan program-program akademik yang ditawarkan. Tempat-tempat riadah dan gelanggang-gelanggang permainan disediakan di dalam dan di luar kampus sebagai menyokong segala kegiatan kokurikulum pelajar. Dengan adanya prasarana yang tersusun dan lengkap ini Kolej Poly-Tech MARA akan dapat memberikan satu suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif kepada pelajar-pelajarnya disamping mempastikan pengembangan sahsiah pelajar turut berlaku pada masa yang sama. Ini adalah bertepatan dengan misi KPTM untuk menjana graduan yang matang dan mempunyai keseimbangan dari segi pencapaian akademik, sosial, rohani, mental dan fizikal yang boleh menjuarai pelbagai bidang kerjaya.

SYARAT KELAYAKAN

Sila klik sini

CARA MEMOHON
1. Permohonan percuma secara online. ATAU,
2. Mengisi Borang Permohonan Manual yang boleh didapati di KPTM berdekatan atau dengan memuat turun borang di laman web KPTM.

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Bahagian Komunikasi & Pemasaran Korporat
KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR
Jalan 6/91 Taman Shamelin Perkasa, Cheras, 56100 Kuala Lumpur

Tel : 03-9281 9700 / 9285 6033
Faks : 03-9281 5764 / 9281 2479
Emel : pr@kptm.edu.my
Laman Web : http://www.kptm.edu.my

Kemasukan ke GIATMARA

Majlis MARA meluluskan penubuhan GIATMARA pada tahun 1986 bagi menghasilkan K-Entreprenuer dan K-Workers dalam pelbagai bidang pekerjaan sejajar dengan permintaan masyarakat setempat.

GIATMARA yang pertama dibuka di Jitra, Kedah dan GIATMARA berkembang pesat dengan penubuhan 209 pusat di semua kawasan Parlimen menjelang akhir Rancangan Malaysia ke-9. Kini GIATMARA telah mula menawarkan program komuniti di beberapa GIATMARA. Program berjangka pendek ini menerapkan falsafah pembelajaran sepanjang hayat dan sebagai permulaan, GIATMARA Komuniti Tanjung Agas, Johor dan GIATMARA Komuniti Pongsu Seribu, Pulau Pinang telah mula beroperasi.

GIATMARA menawarkan Kursus Sepenuh Masa dan Jangka Pendek. Tempoh Kursus Sepenuh Masa adalah di antara 6 bulan hingga 12 bulan. GIATMARA menggalakkan pelatih-pelatih yang telah tamat program supaya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan melalui Program Inkubator. GIATMARA memainkan peranan penting dalam mendidik pelatih melalui program latihannya di dalam dan luar negara. Pengurusan GIATMARA sentiasa proaktif dan kreatif sebagai pemangkin dalam memperkayakan kemahiran masyarakat.

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia berstatus bumiputera
2. Berminat dalam bidang yang dipohon
3. Berumur 15 tahun ke atas
4. Boleh menulis dan membaca
5. Sihat tubuh badan

* TAMBAHAN: Pemohon Kursus Pendawai Elektrik, Elektronik Industri dan Tool & Die Technology perlulah Tamat tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke Atas.

CARA MEMOHON

Borang-borang permohonan boleh didapati secara percuma melalui :
1. Muat turun di laman web www.giatmara.edu.my
2. Datang sendiri ke 209 buah GIATMARA berhampiran
3. Hubungi Pejabat GIATMARA Negeri di alamat serta nombor telefon yang berkenaan.

NOTA

1. Yuran Pengajian percuma.
2. Elaun Bulanan sebanyak RM200.
3. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Jabatan Pembangunan Pelatih
GIATMARA Malaysia, Tingkat 4,
Bangunan Medan MARA,
No. 21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur.

Tel : +603-2691 5111 samb 3402
Fax : +603-2691 0249
E-mail : pel@giatmara.edu.my
Laman Web: http://www.giatmara.edu.my

Kemasukan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

Institut Kemahiran Belia Negara lebih dikenali dengan nama singkatan IKBN mula dibina oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1966. Matlamat awalnya adalah menangani masalah pengangguran dikalangan belia tercicir dan membolehkan mereka mendapat pekerjaan. Pada tahun 1990an program latihan diperluaskan dengan usaha pembangunan sumber manusia iaitu melatih seramai mungkin belia dalam bidang kemahiran teknikal untuk melahirkan sebanyak mungkin tenaga mahir bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian.

Sehingga kini Kementerian Belia dan Sukan mempunyai 15 buah IKBN seluruh Negara dan sebuah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara di Sepang. Usaha pengembangan dan peningkatan program latihan kemahiran merupakan agenda penting Kemahiran Belia dan Sukan selaras dengan fokus Negara memperkukuhkan Pembangunan Sumber Manusia agar seimbang dengan pertumbuhan sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Pembinaan IKBN membuktikan kesungguhan kerajaan menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada belia-belia Malaysia dalam pelbagai bidang teknikal seperti Elektrik, Elektronik, Mekanikal, Automotif, Kejuruteraan Awam dan Perkhidmatan Personal selaras dengan perkhidmatan pasaran guna tenaga mahir. Penambahan kapasiti dan pengeluaran tenaga mahir ini akan meningkatkan bilangan “Industrial Technologist” yang sangat diperlukan oleh pelbagai pihak khususnya sektor industri.

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia.
2. Berusia di antara 18 - 30 tahun semasa memohon
3. Tamat Tingkatan 5.
3. Belum Berkahwin @ Bujang
4. Sihat tubuh badan
5. Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah.
6. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Kerajaan/Swasta. (kecuali calon yang memohon kursus ke Tahap SKM yang lebih tinggi dari sedia ada atau kursus (SLC 02) Penjaga Jentera Elektrik A1 atau kursus (SLC 03) Penjaga Jentera Elektrik A4 atau kursus (SLC 04) Penjaga Jentera Elektrik AO.
7. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
8. Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institusi latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil keterampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
9. Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan mana-mana atau Institusi Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.

CARA MEMOHON

1. Pengambilan dibuat sebanyak dua kali (sesi Januari & Julai) setahun.
2. Iklan akan dikeluarkan dalam bulan Mac dan September.
3. Permohonan secara online di alamat http://interaktif.kbs.gov.my/ikbnweb/public/index.php
NOTA
1. Yuran pengajian percuma.
2. Elaun bulanan diberikan.
3. Makan minum dan penginapan percuma.
4. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Tel: 03 – 8871 3668 / 3673 / 3663 / 3664 / 3680
Laman web: http://www.kbs.gov.my/index_kemahiran.php

Kemasukan ke Politeknik

Politeknik KPT ditubuhkan bagi melahirkan lulusan separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan, hospitaliti dan ICT di peringkat sijil dan diploma bagi membantu memenuhi keperluan sumber manusia di sektor awam dan swasta. Terdapat 27 buah Politeknik yang sedang beroperasi di seluruh negara.

Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan dua (2) kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan. Politeknik KPT menyediakan 45,000 tempat pengajian untuk lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik dan lulusan Sijil Kolej Komuniti pada setiap tahun bagi mengikuti pelbagai program. Polteknik KPT menawarkan 20 program sijil dan 49 program diploma dalam pelbagai bidang. Ia juga menawarkan program kemahiran di peringkat sijil kepada calon berkeperluan khas yang masalah pendengaran.

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SPM atau yang setara serta memenuhi syarat minimum berikut :
a. Lulus Bahasa Melayu
b. Lulus Matematik/ Matematik Tambahan

SYARAT KHUSUS PERINGKAT SIJIL:

• SIJIL BIDANG KEJURUTERAAN
Kepujian SATU (1) mata pelajaran daripada mana-mana kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional ATAU memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang yang berkaitan dengan satu (1) tahun pengalaman kerja.

• SIJIL BIDANG PERDAGANGAN/HOSPITALITI
Kepujian SATU (1) mata pelajaran daripada mana-mana kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional/Sastera Ikhtisas

SYARAT KHUSUS PERINGKAT DIPLOMA:

• DIPLOMA BIDANG KEJURUTERAAN
Lulus Bahasa Inggeris beserta mendapat LIMA (5) kepujian termasuk SATU (1) mata pelajaran dari mana-mana kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional

• DIPLOMA BIDANG PERDAGANGAN/ HOSPITALITI
Lulus Bahasa Inggeris beserta mendapat LIMA (5) kepujian termasuk SATU (1) mata pelajaran dari mana-mana kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional/Sastera Ikhtisas

• DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN
Lima (5) kepujian termasuk mata pelajaran berikut:
a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Inggeris

• DIPLOMA PENYENGGARAAN PESAWAT
Lulus SPM dengan kepujian mata pelajaran berikut:
a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Inggeris
c. Matematik/Matematik Tambahan
d. Fizik/Sains
e. Mana-mana 2 mata pelajaran lain.

Syarat kemasukan permohonan bagi program Foundation, Diploma Lulusan Sijil Politeknik dan Diploma Lanjutan boleh didapati dengan melayari laman web www.politeknik.edu.my.

CARA MEMOHON

1. Pemohon perlu membeli Nombor PIN di Bank Simpanan Nasional
2. Mengakses e-Borang dan melengkapkan permohonan di www.politeknik.edu.my.

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pengarah,
Bahagian Pengambilan Pelajar,
Sektor Pengurusan Politeknik,
Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti,
Tingkat 9, Heritage Office Tower,
Jalan SB Dagang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-8939 4058/ 4103/ 4104/ 4105/ 4106/ 4107/ 4108/ 4109
No. Faks : 03-8939 4055
E-mel : pengambilan@politeknik.edu.my
Laman Web : http://www.politeknik.edu.my/webjan06/menu/index.asp

Kemasukan ke Kolej Komuniti

Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) merupakan institusi pendidikan yang menyediakan pelbagai latihan dan kemahiran peringkat sijil serta program jangka pendek kepada pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), pekerja dan kumpulan lain dalam masyarakat setempat.

Kolej Komuniti mula beroperasi dengan sepuluh buah kolej perintis pada Jun 2001 dan kini bilangannya telah meningkat kepada 38 buah kolej komuniti dan 18 buah cawangan di seluruh negara.

SYARAT KELAYAKAN

1. Calon mestilah WARGANEGARA Malaysia.
2. Lulus peperiksaan SPM atau SPMV dengan sekurang-kurangnya Lulus Bahasa Melayu.
3. Tiada had umur disyaratkan.

CARA MEMOHON

1. Permohonan boleh dibuat melalui permohonan online atau menggunakan borang.
2. Untuk mengakses e-Borang, pemohon perlu menggunakan nombor PIN.
3. Nombor PIN boleh dibeli di mana-mana Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM6.00.
4. Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan semasa membeli nombor PIN ATAU jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan kad pengenalan pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN.
5. Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor kad pengenalan pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit.
6. Maklumkan dengan jelas kepada BSN bahawa anda ingin membeli nombor PIN untuk kemasukan ke Politeknik KPT. Gunakan nombor PIN tersebut untuk membuat permohonan ke Kolej Komuniti KPT. Nombor PIN yang sama boleh digunakan untuk membuat permohonan ke Politeknik dan Kolej Komuniti.
7. Pemohon juga boleh membeli Borang (Buku Panduan Kemasukan Pelajar) dengan harga RM6.00 di SEMUA Kolej Komuniti KPT.

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.

Kemasukan ke CIAST

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan atau lebih dikenali sebagai Centre
for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST) terletak di Shah Alam, Selangor.

CIAST telah mula beroperasi pada tahun 1983 dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan Jepun dibawah Projek Pembangunan Sumber Manusia ASEAN dan dikawal selia oleh pakar-pakar teknikal dan pengurusan dari Jepun menerusi JICA sehingga tahun 199.

CIAST beroperasi sepenuhnya dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia bermula pada 1991 sehingga Mei 2007 sebelum dipindahkan pengurusannya di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di kementerian yang sama pada Jun 2007.

SYARAT KELAYAKAN

Sijil Pengajaran Vokasional (VTO3)
1. Lulus dalam SPM atau setaraf dengannya dengan Lulus dalam Bahasa Malaysia (BM)
2. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4.

Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional (DLPV)
1. Lulus dalam SPM atau setaraf dengannya dengan lulus dalam Bahasa Malaysia (BM)
2. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Pengajar Vokasional (DPV) dalam bidang yang berkaitan.

CARA MEMOHON

1. Permohonan percuma secara online di laman web CIAST di http://www.ciast.gov.my.

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.

Kemasukan ke Institut Latihan Perindustrian (ILP)

Institut Latihan Perindustrian (ILP) ditubuhkan di bawah Jabatan Tenaga Manusia bertujuan memberi latihan teknikal secara formal kepada pekerja-pekerja sektor perindustrian dan para belia lepasan sekolah bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran di dalam bidang tertentu. Objektif ILP adalah untuk melahirkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi sektor perindustrian, meninggikan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara dan memudahkan para lepasan sekolah mendapat pekerjaan melalui latihan kemahiran perindustrian yang sistematik.

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur antara 17 tahun hingga 30 tahun
4. Berjaya dalam temuduga (bagi beberapa kursus sahaja)
3. Mempunyai kelulusan akademik berikut:

(a) Program pengajian peringkat sijil
-Memiliki Sijil SPM sekurang-kurangnya LULUS Bahasa Melayu

(b) Program pengajian peringkat Diploma
-Memiliki SPM atau setaraf dengannya, dengan KEPUJIAN dalam Matematik/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/subjek Teknikal dan Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris; atau
-Memiliki SPM atau setaraf dengannya, dengan LULUS dalam Matematik / Matematik Tambahan, Sains / Fizik / subjek Teknikal (yang berkaitan dengan bidang yang dipohon), Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris DAN memiliki SKM(MLVK) Tahap 2 dalam bidang Binaan Bangunan atau setaraf dengannya.

CARA MEMOHON

1. Permohonan percuma secara online di laman web JTM di http://www.jtm.gov.my

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.

Kemasukan ke JMTi

Institut Teknikal-Jepun Malaysia (JMTi) telah ditubuhkan dengan kerjasama teknikal di antara Kerajaan Jepun dan Kerajaan Malaysia berdasarkan ‘Records of Discussion’ yang telah termeterai pada 7 Oktober 1997. Penubuhannya bermatlamat untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang berketerampilan dengan menyediakan latihan vokasional di peringkat tertinggi dalam bidang teknologi tinggi dan termaju sejajar dengan keperluan perkembangan teknologi di sektor industri negara.

Institut ini menawarkan lapan (8) program latihan iaitu, empat (4) bidang kursus peringkat Diploma Teknologi Kejuruteraan dan empat (4) bidang kursus peringkat Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan. Institut ini berupaya mengeluarkan seramai lebih kurang 300 orang teknologis setahun yang berwawasan, berdaya kreatif dan beretika tinggi dalam pelbagai bidang kemahiran.

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur 17 hingga 30 tahun;
3. Lulus ujian temuduga yang dijalankan; dan
4. Mempunyai kelulusan akademik seperti berikut:

(a) Program Diploma Teknologi Kejuruteraan (DTK)
-Memiliki SPM atau setaraf dengannya serta KEPUJIAN (sekurang-kurangnya 6C) dalam 5 mata pelajaran berikut:
i. Bahasa Melayu;
ii. Bahasa Inggeris;
iii. Matematik / Matematik Tambahan;
iv. Sains/Fizik/Subjek Teknikal; dan
v. Satu mata pelajaran lain.

(b) Program Diploma Lanjutan TeknologiKejuruteraan (DLTK)
-Memiliki Diploma Teknologi Kejuruteraan daripada JMTi atau Diploma lain yang setaraf dengannya DAN Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4 MLVK) dalam bidang yang berkaitan.

CARA MEMOHON

1. Permohonan percuma secara online di laman web JTM di http://www.jtm.gov.my/

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.

Kemasukan ke ADTEC

ADTEC telah ditubuhkan bertujuan bagi memenuhi keperluan tenaga mahir negara dengan menyediakan latihan vokasional di peringkat tertinggi dengan pengkhususan dalam bidang teknologi tinggi dan terkini sejajar dengan keperluan perkembangan teknologi di sektor pembuatan. Berdasarkan kepada jumlah keluaran daripada institusi latihan dan jumlah jawatan sedia ada, negara masih kekurangan tenaga mahir yang dikategorikan sebagai Industrial Technologist.

Dengan adanya ADTEC, ianya akan dapat menambahkan lagi bilangan Industrial Technologist yang sangat diperlukan oleh industri. Di samping itu juga ianya memberi peluang kepada pekerja industri meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bersesuaian dengan perkembangan teknologi semasa.

Objektif ADTEC ialah untuk melahirkan tenaga kerja terlatih bersesuaian dengan pengetahuan dan kemahiran serta penumpuan terhadap teknologi industri semasa, memastikan tenaga kerja berkualiti dan bersesuaian dengan permintaan industri, mewujudkan lebih banyak program latihan dan kursus pengkhususan (tailored-made course) dalam bidang pengurusan dan kemahiran bagi penyelia dan pekerja mahir daripada sektor industri serta mengukuh dan menggalakkan penglibatan sektor swasta secara aktif dalam bidang yang ditawarkan.

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun;
3. Berjaya dalam temuduga
4. Mempunyai kelayakan akademik seperti berikut:
(a) Memiliki SPM atau setaraf dengannya, dengan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/subjek Teknikal serta lulus Bahasa Inggeris; atau
(b) Memiliki SPM atau setaraf dengannya, dengan LULUS dalam Matematik/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/subjek Teknikal , Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris DAN memiliki SKM (MLVK) Tahap 2/ Tahap 3 dalam bidang berkaitan (bidang berkaitan, sila rujuk keterangan kursus); atau
(c) Mempunyai Diploma Teknologi JTM atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang berkaitan.

CARA MEMOHON

1. Permohonan percuma secara online di laman web JTM di http://www.jtm.gov.my/

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.

Kemasukan ke Akademi Binaan Malaysia

Sebagai sebuah badan yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan untuk membangunkan industri pembinaan Negara dan selaras dengan peruntukan dalam Akta penubuhannya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sentiasa peka untuk mempertingkatkan kemahiran sumber manusia industri pembinaan Negara supaya mereka boleh menyumbang ke arah peningkatan daya saing industri ini pada masa hadapan.

Lantaran itu, CIDB telah memanfaatkan potensi tenaga kerja di kalangan golongan belia bagi mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja asing dan pada masa yang sama mempertingkatkan lagi tahap kemahiran pekerja binaan dengan menyediakan latihan kemahiran khusus sepertimana yang dikehendaki oleh industri pembinaan.

Bagi memastikan seluruh lapisan tenaga kerja dalam industri pembinaan mempunyai tahap kemahiran yang diperlukan oleh industri, mereka perlu diberikan latihan kemahiran dalam tred-tred berkaitan yang diperlukan. CIDB telah mengenalpasti latihan kemahiran yang diperlukan oleh industri pembinaan bagi mempersiapkan diri mereka menjadi pekerja binaan berwibawa yang berupaya menghasilkan prestasi kerja yang berkualiti, produktif lagi cekap.

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia
2. Sihat Tubuh Badan
3. Boleh membaca, menulis & mengira
4. Kelayakan Umur:
- Program Belia 16 - 35 tahun
- Program Personel 18 - 35 tahun
5. Program Personel perlu mempunyai kad hijau, yang masih sah tempohnya
dan pengalaman kerja 6 bulan dalam bidang berkaitan.

CARA MEMOHON

1. Permohonan online di http://www.cidb.gov.my/elatihan/
2. Hubungi Pusat Latihan ABM yang berdekatan.

NOTA

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
Tingkat 7, Grand Seasons Avenue, 72,
Jalan Pahang, 53000
Kuala Lumpur

Tel: 03-2617 0200
Fax: 03-2617 0220
Laman Web: http://www.cidb.gov.my/elatihan/